Hi, maaf kerana masuk ke thread ini dengan niat berikut:
Utk pengetahuan semua, patch Liga Malaysia tu sebenarnya berasal dari patch yang saya bina sendirian yang saya gelar MSL4FIFA09. Fail Liga Malaysia itu telah diubahsuai dari patch versi ZIP saya. Anda boleh rujuk ke blog rasmi utk patch ini di sini, http://msl4fifa09.wordpress.com atau http://msl4fifa09.blogspot.com. Link utk download patch versi 1.01 juga ada saya sediakan di dalam blog tersebut.
Perbincangan lain dalam forum harimau malaya juga ada, http://www.harimaumalaya.com/forum/viewtopic.php?f=57&t=1442
Malangnya bro yang berkenaan yang uploadkan liga malaysia ke akaun rapidshare dia, ini telah dengan sengaja membuang fail readme.txt yang sebenarnya menerangkan dengan lengkap dari mana dan bagaimana nak pasang patch ini, serta siapa yang membinanya..
Tindakan tersebut (saya hanya tegur patch Liga malaysia utk FIFA09 sahaja, sebab patch FIFA08 tu bukan saya yang buat, tetapi Helmie (juara WCG utk game FIFA08 dari Malaysia) adalah tidak beretika terutama dalam komunita pembina-pembina patch yang kerap juga dipanggil user-created addon/patch.
Saya sangat berbesar hati jika brother yang berkenaan dapat memberikan kredit atau pengiktirafan kepada author/creator/developer sebenar, iaitu MSL09 Patcher a.k.a mslpatcher.
Admin, maaf jika pos saya melanggar peraturan jiwang.org.
Jika anda masih berminat bermain dalam Liga Malaysia, saya dah release versi 2 yang mencakupi liga super DAN liga premier. So ada 28 team semuanya. Boleh main fa cup dan m-cup juga.
Hopefully, anda enjoy bermain fifa09 dan enjoy malaysian football. but still far from perfect. Some team saya tak ada maklumat langsung tentang siapa main apa posisi. Tapi nama diorang memang nama betullah yang saya kutip dari Wikipedia.
PS : Link mesti ke mukasurat utama sahaja, bukannya ke fail itu secara langsung.
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum