Synopsis
Puteri Gunung Ledang is a love story taking place in 15th century Malacca. The story begins when Princess Gusti sails away from her war torn homeland in search of her love, Admiral Hang Tuah, in Malacca. There, she waits for him at Gunung Ledang. But her brother, Gusti Adipati, has plans to marry her off to Pangeran Demak, in the hopes that Demak would stop his attacks on their homeland of Majapahit. Discovering that his sister had fled to Malacca, Gusti Adipati follows suit, and offers her to the Sultan of Malacca, Sultan Mahmud, in the bid that the Sultan will protect them from the attacks of the Pangeran Demak. The Sultan, who already has a wife, agrees to take on a second. Princess Gusti, upon receiving this news, decides to return to their homeland and marry Demak, for she cannot bear the thought of staying in Malacca without her true love. Her wishes are not granted, and preparations for her wedding to the Sultan are underway. Hang Tuah, upon receiving the news of the impending wedding carries on his loyal duties, for his loyalty lies strongly with the Sultan and the State. He leads a party up the challenging Gunung Ledang to ask Princess Gusti for her hand in marriage, on behalf of the Sultan. Hurt and angry, Princess Gusti agrees to the marriage, on the condition that the Sultan grants her seven wishes. Adipati witnesses the exchange between Hang Tuah and his sister, and attacks Hang Tuah. The Admiral manages to beat him, and becomes confused over his actions. Hang Tuah promises to remain at Gunung Ledang forever because of this. Meanwhile, the Sultan is able to grant the Princess six wishes. In the final wish, the Sultan has to drive a keris into his own son's flesh to get a bowl of blood. Before he is about to drive the keris, Princess Gusti appears and rebukes him. The Sultan, hurt and angry, casts a curse on the Princess to live at Gunung Ledang, never to be seen by another human being again. Hang Tuah, upon learning of the curse, rushes to Gunung Ledang to see his love for the last time. Alas, it was too late. Their love story remains a great legend till this day.
Code:
Puteri Gunung Ledang
Format : AVI
Format/Info : Audio Video Interleave
File size : 970 MiB
Duration : 2h 22mn
Overall bit rate : 950 Kbps
Video
Format : MPEG-4 Visual
Bit rate : 810 Kbps
Width : 640 pixels
Height : 524 pixels
Display aspect ratio : 4/3
Frame rate : 29.970 fps
Resolution : 8 bits
Colorimetry : 4:2:0
Scan type : Progressive
Audio
Format : MPEG Audio
Format version : Version 1
Format profile : Layer 3
Codec ID : 55
Codec ID/Hint : MP3
Duration : 2h 22mn
Bit rate mode : Constant
Bit rate : 128 Kbps
Channel(s) : 2 channels
Sampling rate : 44.1 KHz
Resolution : 16 bits
ehem..ehem... Salam suma...
fuhhh...dah lama akoo x men'jiwang' kat forum kopitiam neh sjak geng2 akoo dh lesap
so, kat sini mcm biasa akoo nk buat ucapan kat suma jiwangers...takkanlah nk nyanyi plak kan Akoo nak ucapkan... *** SeLAmAt HaRi RaYA MaaF ZahiR BAtiN *** kepada suma users jiwang termasuklah Bro JWG and wife(kak KD)
ampun dan maaf kalo ada terkasaq bahasa, terguris rasa, tersalah siasat especially kpd
Bro Sham n wife
Bro Bok n wife(hypcat)
Bro MJ n wife n cute baby Faez
Bro Keris Bro e_cnicx n wife n baby
Abg Metal (Metalrizca) ^_~
Bro Rius (mangsa siasat akoo yg kesnya pending lagi) ^_~
Andsem (atok gatai)
AD_tan (boya jwg)
Mawarjambu (Nor) n hubby n little cute baby girl
Kelajuan Kegelapan 72 (Dark)
Kewek kun.. ^_~
Renji (adik come)
ZeroOne01 (pak wan)
xse7en
hafizi01 (pak alien)
afiq01 (qifa ku yg come)
AK47player
Pie_ruz (ustaz shin chan)
dan lain - lain lagi...smoga korg hepi2 slalu di hari raya neh...
Disebabkan akoo terlampau kaya, maka akoo nk bg duit lah kat suma user JWG...
amek je jgn malu2 k... ---Hidden Text---
sebelum anda post di bahagian JWG Groups sila ikuti beberapa peraturan yang disenaraikan dibawah
-Sila pastikan cerita/gambar yang ada post itu belum dipost oleh orang lain
-Kepada user yang dah pernah baca cerita/gambar sila nyatakan link tersebut.Jangan sekadar post ayat "ULANGAN"
-Tidak dibenarkan menghantar posting yang berunsurkan perkauman,politik atau posting yang mempersendakan agama islam termasuk agama kaum-kaum yang lain
-Tidak dibenarkan menghantar cerita-cerita lucah atau gambar-gambar lucah
-Tidak dibenarkan menyebarkan khabar angin atau cerita yang tidak pasti kebenarannya
-Tidak dibenarkan mencarut atau menggunakan bahasa kasar
-Tidak dibenarkan menaikkan kemarahan kawan-kawan yang lain
-Tidak dibenarkan membuat spam seperti ayat ketawa,ayat pendek,smilies atau apa-apa yang dianggap spam
-Tidak dibenarkan mempromosi apa-apa laman web.Jika anda hendak mempromosikan laman web atau link sila post dibahagian JWG Ads&Promo
-Tidak dibenarkan mempromosi apa-apa bentuk perniagaan disini
-Jika artikel tersebut diambil dari laman web lain sila nyatakan link tersebut atau nama penulis/penerbit
diharap kita sama-sama dapat menghormati kawan-kawan disini.terima kasih.jika terdapat sebarang masalah sila pm aku atau keris hikmat
aku sarankan korang sume blaja laa silat utk mempertahankan diri kita.bkn stakat dri kita malah keluarga kita pon kita blh lindung jgk.manala taw nt esok2 time kita dah kawin sampai ujian allah nk bg kat kita..nt bru nk nyesal.time tulah bru nk cari guru silat nk menuntut ilmu.mmg ramai jenis yang macam ni...ok,pasal silat ap yg korang patut masuk plak...aku cadangkan korang msuklah silat gayong malaysia..konpem puas ati.silat gayong malaysia ni berdaftar kt malaysia ni..siap masuk sukan ap lagi..jgn risau pasal ilmu yg pelik2 tu..xde..sume alquran..ak saksinye..jgn risau...ak dah 7 tahun bergiat dlm silat gayong malaysia ni.best gile...sume jenis senjata kita blh blaja..contohnye, pisau,parang,keris,tekpi,tongkat,lembing,cindai,panah,dan mcm lagi lah...cume nasihat ak apbila da msk silat ni kite kene laa sbar ckt..dan cari lah guru yg ikhlas mengajar..ak blaja kt gua musang ni xdikenakan bayaran pape pon klu nk blaja silat...cume byrn utk pendaftaran ahli,kursus,dan greding je yg kne byr.ak mmg hormat dan tabik ng sifu ak ni..ssh nk cari..dgn umor 30 lbh die dah berfikir matang dgn tidak memikirkan soal wang dlm mengajar.ssh nk cari org muda yg mcm 2 sekarang ni.tambah lagi die ad bnyk ilmu..penuh dgn ilmu..ilmu silat gayong complete dlm dada die.drpd ilu fizikal sampai lah ke ilmu kebatinan..die menuntut sampai abs dgn pengasas silat gayong malaysia iaitu allayarham dato' meor abdul rahman sendiri...last skali...msuklah silat.kite org melayu xpyh laa msk tekwondo ke ap ke...pthankan yg melayu kita pnye dlu..silat gayong sekarang dah bertaraf profesional dah dibua di seluruh negara...silat gayong kt amerika pon ad,jepun,arab,cina,singapore,brunei dan bynk lagi..klu org negara lain tahu kehebatan silat kita kenapa kita yg dekat ni tidak tahu ttg kehebatan silat gayong kita ni?...tahukah kamu bhwa silat gayong ni adalah silat yg hang tuah 5 beradik duk blaja dlu?...silat gayong dlu dikenali sebagai silat sendi harimau..
eu aku tak suke wo. best ke sejarah? sejarah malaysia tak menarik pon. org malaysia nyer weapon keris ngan silat terbang jer. xde yang menarik la unk bacer2 nie. aku takde semangat nasionalisme, jujur aku katakan,ikhlas. korang camner??? 9 out of 10 will b the same, i bet.
kenapa jepun maju even penjajahan mereka sangat la kejam nk mampos??? kenapa melayu tak berapa nk maju sgt walpon tanah melayu negara yg lemah lembut dan sopan santun? mungkin lemak lembik kot????????arrr arrr tatau tatau...
Agak sensitif utk dijadikan perbualan umum. Ape2 pun kite ptt bangge sbb kite adelah rakyat m'sia. Isu politik tu, bio laa... Tp pd aku la kan... M'sia skunk dh serba serbi canggih. Tanpa sejarah dan cabaran ke atas m'sia terdahulu, x mungkin m'sia bley maju spt skunk. So mcm kehidupan gak, ade psg surutnye. Kenapa kite ptt pelajari sejarah negara kite? Sbb perlu ditanamkan sifat dlm diri kite menghargai dan mengetahui tokoh2 sejarahwan negara kite sndiri, serta jasa2 mereka kepada m'sia dahulunye.
Aku sndiri pun x berape minat sejarah ni and takat lulus je dlm spm. But setidaknye kite tau serba skit bile kite dah pelajarinye tu. Sbb ape sejarah byk org x suke? Sbb ianye sume adelah fakta. Tidak boleh ditokok tambah. Kene hafal sume2 tahun and peristiwa tu.
Tanah melayu x penah lembik and lemak. X penah aku tgk sejarahwan negara kite lemak lembik. Cume m'sia skunk je kureng skit kot. Tp mereka msh ada mase utk berusaha menjadi pemimpin dan pembela m'sia yg mereka cintai. Ye la, tanpa yg lemak dan lembik tu, kite mebi dah dok dlm utan kot sbb m'sia dijajah.
Tu pndpt aku laa... Ok... Chaw chin chawww....
eu aku tak suke wo. best ke sejarah? sejarah malaysia tak menarik pon. org malaysia nyer weapon keris ngan silat terbang jer. xde yang menarik la unk bacer2 nie. aku takde semangat nasionalisme, jujur aku katakan,ikhlas. korang camner??? 9 out of 10 will b the same, i bet.
kenapa jepun maju even penjajahan mereka sangat la kejam nk mampos??? kenapa melayu tak berapa nk maju sgt walpon tanah melayu negara yg lemah lembut dan sopan santun? mungkin lemak lembik kot????????arrr arrr tatau tatau...
1. Def Gab C - Melayu Tak Hilang² (4:22)
2. Def Gab C - Marilah Maria (5:16)
3. Def Gab C - Masih Ada Biru (5:49)
4. Def Gab C - Hide In Pain (5:01)
5. Def Gab C - Labu Labi (6:06)
6. Def Gab C - Ini Lagu Itu (3:51)
7. Def Gab C - Suara Nada Rindu (5:29)
8. Def Gab C - Aku Bukan Kamu (5:34)
9. Def Gab C - Aku Dan Kamu (4:26)
10. Def Gab C - Siluman Keris (4:45)
11. Def Gab C - Remifasolatido (2:55)
Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.
Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.
Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.
Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.
Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia. Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.
Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.
Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakkan mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.
Penurunan saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripda keris, lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.
Penting
Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, dimana disebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia dimana barang-barang tadi menjadi barang peninggalannya si mati (pewaris).
Objek-objek ini terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharram setiap tahun ketika bulan penuh dan dipersapkan dengan kemenyan.
Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan melayu tradisional untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sick badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.
Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira samaada pada asalnya pewaris itu redha atau tidak lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syrat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ‘tuan’ barunya yang boleh ‘diperintahkan’ melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan pelanggan yang datang menemuinya.
Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.
Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya. Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus.
Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.
Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis.
Jenis Pertama
Adalah seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain mencari barang hilang saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.
Selain boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.
Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhluk ini.
Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.
Jenis Kedua
Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh wrisnya.
Pada kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.
Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.
Hakikatnya masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti luka, patah, keracunan, stress, depress dan sebagainya akibat gangguan ataupun sihir.
Segala punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada mangsa.
Gangguan iblis dan syaitan merangkumi iktikad atau kepercayaan yang boleh menyebabkan seseorang itu sesat; kufur, syirik atau murtad. Selain daripada itu iblis dan syaitan juga mengganggu otak manusia menyebabkan seseorang mangsa itu berhadapan dengan masaalah yang berkaitan dengan otak, pada hati menyebabkan timbulnya rasa was-was, tidak percaya pada tuhan, pada agama yang dianuti dan sebagainya. Iblis juga menganggu jasad manusia menyebabkan seseorang itu berasa sakit pada bahagian jasad yang berkenaan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut perjalanan darah.
Gangguan Fizikal Yang Dituruti Dengan Gangguan Iblis Dan Syaitan
Orang yang lemah tubuhnya akibat kecederaan fizikal, disertai dengan roh yang lemah lebih mudah diganggu oleh iblis dan syaitan berbanding dengan mereka yang tidak menghadapi masaalah fizikal. Orang yang berhadapan dengan masaalah stress berpanjangan, lebih mudah diserang histeria berbanding dengan mereka yang hidup tenang, suasana yang menggalakkan dan berupaya meraih ketenangan hidup.
Gangguan iblis dan syaitan ke atas manusia adalah sesuatu yang benar. Ia boleh berlaku yang melibatkan bahagian otak, hati, jasad. Seperti manusia, apabila kehidupan makhluk ghaib itu diganggu oleh manusia, biarpun perbuatan tersebut dilakukan diluar pengetahuan, makhluk ini akan bertindakbalas. Gangguan boleh berlaku samaada ketika berada dihutan, ditempat sunyi jauh daripada manusia, dikubur-kubur dan sebagainya. Tanpa kesalahan atau kesilapan manusia makhluk ini juga sering mengganggu manusia kerana dikalangan makhluk ini memang terkenal dengan kejahatannya. Inilah yang dinamakan ‘GANGGUAN’.
Apabila kegiatan manusia itu disokong atau disertai oleh jin-jin yang terdiri daripada syaitan atau sebagainya, samaada makhluk tersebut dibela atau dibuat sahabat, maka ketika itu orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan yang dinamakan ‘sihir’. Orang yang melakukannya dinamakan ‘tukang sihir’. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin seperti yang dijelaskan.
Meresap
Dengan ilmu kebatinan yang dipelajari dengan sengaja atau tidak disengajakan, orang yang seperti ini berupaya menyeru jin atau jin-jin tersebut meresap masuk dalam tubuhnya. Ketika itu jasad manusia berkenaan akan menjadi seumpama sarung semata-mata. Kegiatan berikutnya yang dilakukan oleh makhluk iaitu jin yang meresap dalam tubuh tadi.
Ketika inilah orang yang berkenaan boleh melakukan kegiatan tertentu bergantung kepada keadaan. Ia boleh melakukan rawatan yang dikenali sebagai rawatan tradisional dimana kegiatan tersebut ada kalanya melibatkan amalan menurun, menilik, mengurut dan sebagainya. Penglibatan makhluk ini dalam tubuh membolehkan seseorang itu melakukan pergerakkan silat biarpun dia tidak pernah mempelajari pergerakkan fizikal ilmu persilatan sebelum itu, menjadi kebal dan sebagainya.
Selain daripada itu, makhluk ini juga boleh digunakan untuk menyakiti atau menyihir orang lain. Menyebabkan lahirnya ilmu penunduk, ilmu penggerun, ilmu pemanis muka dan sebagainya. Perlu diperjelaskan bahawa kegiatan yang dijelaskan diatas ini tidak akan berlaku tanpa adanya penglibatan jin atau jin-jin yang meresap dalam tubuh manusia.
Apabila Orang Yang Memiliki Ilmu Meninggal Dunia
Apabila orang yang berkenaan meninggal dunia, saka tersebut diwarisi oleh seorang atau beberapa orang waris tertentu. Kesan daripadanya mangsa akan menghadapi masaalah yang hampir sama dengan masaalah yang ditanggung oleh pewaris asal. Makhluk yang terlibat dengan kegiatan individu berkenaan perlu berdamping atau ‘dibela’ oleh orang lain, semata-mata untuk menyesatkan manusia yang biasanya terdiri daripada saudara mara. Dari sinilah lahirnya istilah SAKA, iaitu makhluk jin yang berdampingan dengan waris terkeatas itu diturunkan atau dipusakai oleh waris terkebawah, dimana penurunan ini selalunya berlaku dikalangan waris yang rapat.
Penurunan Saka
Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan;
Berlaku secara terus : Orang yang mempunyai saka itu dengan terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang terlibat kebanyakkannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau yang dipusakai itu adalah terdiri daripada jin-jin atau hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding dengan waris-waris lain kerana mewarisi ilmu kebatinan.
Berlaku menurut kehendak : Penurunan ini berlaku menurut kehendak jin itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal dunia.
Biar dalam keadaan apa sekali pun, masaalah yang berkaitan dengan saka adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku. Ia melibatkan jin-jin, membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu yang luarbiasa seperti yang diterangkan. Dan apabila seseorang itu menerima saka, ia akan mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang yang mempunyai saka yang asal.
Satu jenis saka yang lain ialah saka yang merupakan penyakit atau gangguan daripada jin-jin tidak melibatkan rawatan. Orang yang terlibat apabila diganggu saka adakalanya fungsi otaknya menjadi tidak normal, berjalan ditengah malam tanpa dapat mengawal diri, duduk termenung sendirian, marah tidak menentu, mengamuk dan sebagainya termasuk menghantuk-hantukkan kepala kedinding.
Manusia mudah terdedah kepada masaalah termasuk penyakit kerana manusia itu tidak mempunyai ketahanan diri yang ampuh yang dikenali sebagai ‘body resistance’. Orang yang seumpama ini mudah dijangkiti kuman batuk, selsema, sakit kulit dan sebagainya berbanding dengan orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat.
Begitu juga dengan kekuatan roh, yang berupaya menolak pelbagai masaalah kebatinan atau kerohanian termasuk apa yang dikenali sebagai ‘saka’. Kerana itu untuk memperlengkapkan diri daripada diganggu oleh saka iaitu jin-jin tadi, kita perlu mempunyai roh yang kuat. Roh yang kuat perlu pemahaman agama, dimana ia akhirnya diterjemahkan melalui amalan atau ibadah. Hanya dengan ilmu sahaja seseorang itu menaruh keyakinan terhadap Allah SWT dan rasa ikhlas ketika melakukan amalan-amalan tersebut. Itulah yang dikenali sebagai sebagai amalan bertakarub iaitu memperhambakan diri kepada Allah SWT lalu akhirnya seseorang itu mendapat kurnia kasih Allah SWT. Apabila ini berlaku, orang yang berkenaan akan memperolehi kekuatan zahir dan batin. Ketika ini apabila dia bermohon, Allah SWT akan memperkenankannya dan ketika memohon perlindungan, Allah SWT akan melindunginya. Demikianlah janji-janji Allah SWT terhadap hamba kekasihnya.
Amalan-amalan ini melibatkan ibadah pada waktu malam, dimulai dengan sembahyang taubat, kemudian beristighfar, sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, berzikir, selawat dan diakhiri dengan sembahyang hajat. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita juga kepada mereka yang menghadapi masaalah yang serupa.