Tersebut al-kisah 2 insan bercinta... yg laki tu nama Razak, yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). imah ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun. Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh... Imah ni kesepian le kat malaysia.
Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang ...Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2 imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi makan satay kajang, gi bowling. Entah macam mana, hati imah ni dah terpaut lak kat kamarul nih... maka hilang la bayang2 razak drpd hati imah..
Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke mesia. Beria2 le mamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razak ternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. Maka berderai le jiwa raga razak.. sedih je mamat tuh... tak lalu makan. at the same time.. imah dok jalan2... sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu kamarul
tu laki org. imah pun peras..cuba nak kembali kepada razak. Masa tu dia lom tau lagi razak ni dah balik malaysia.
Razak pun memberanikan diri dia... jumpa imah. dia gi le rumah imah. muka razak masam je.. imah tanya le apasal masam. razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" imah terperanjat... "err bila masa lak nih.. aku setia apa..." kata imah razak berkata... tersedu2.. " Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn kamarul
..." imah terdiam... "tamat lah hubungan kita disini sahaja ..." tambah razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK tu...seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..." razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih imah yg sedang menangis...
I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart
imah terdiam... masih menangis....razak sambung...
If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart
"suara razak terus mendayu2....
"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"
razak ulangi phrase yg sama....imah terdiam...walaupun air mata masih mengalir...
"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"
setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh razak untuk imah itu... tiba2 mulut imah berkata ... " abang, imah nak beritahu abang sesuatu" "katakan lah duhai imah" jawap razak dengan suara perlahan... " err... err..." kata imah dlm keadaan bersalah..."katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup terima..." tambah razak...perlahan2.. imah berkata
"abang..."
"sebenarnya... imah tak paham bahasa Omputeh..."
-niena dh search kt google..tp x de lg kt cni..kt jiwang v2 de..
LAIN orang lain ragam dan lain orang juga lain petuanya. Menurut pendakwah bebas, Daud Che Ngah, ketika mengail di perairan Labuan, ada petua tertentu yang diamalkan oleh orang di sana. "Saya tidak pasti bagaimana ikan berkomunikasi tetapi menurut rakan dari Labuan, jika ikan merah meragut umpan dan berjaya dinaikkan, jangan sekali-kali memegang ikan itu. "Kalau sayang sekali pun pada tali pancing anda, potong saja talinya dan pasang mata kail baru. Kalau anda memegang ikan merah itu, tidak akan ada lagi ikan merah yang akan dinaikkan selepas itu," katanya. Ustaz Daud berkata, mungkin ketika menggelupur ada isyarat bunyi tertentu yang dihantar kepada ikan merah lain di air. Ikan merah bergerak berkumpulan, jadi apabila seekor berjaya dikail mungkin ada ikan lain menyedari ia kehilangan 'rakan'. "Kuasa Allah semuanya boleh berlaku dan tidak sampai pada pemikiran kita," kata Daud yang sentiasa membawa ke mana sahaja joran apabila ke luar daerah. Beliau juga pernah memancing di perairan Pangkor.
Berkat dapat izin sebelum mengail
PETUA kaki pancing Terengganu, Alwi Ali, 52, iaitu pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing ialah beritahu isteri atau keluarga, begitu juga majikan. Selain itu, pastikan semua urusan dibereskan. "Jangan meninggalkan masalah di rumah. Ini termasuk meninggalkan duit belanja dan keperluan sekolah anak-anak," katanya yang turut menasihatkan kaki pancing supaya memperolehi umpan di laut kerana ia adalah umpan segar dan yang terbaik untuk ikan di situ. Pilihlah sotong, kembung atau selar sebagai umpan, katanya. Mengenai awan, Alwi berkata, awan hitam pekat biasanya akan membawa bersama ribut dan hujan tetapi dalam masa yang singkat. Dalam tempoh sejam ia akan reda dan kembali tenang. "Ribut ini datang bersama angin dari arah barat laut dan muncul secara tiba-tiba," katanya sambil menasihatkan jika awan hitam kelihatan, pemancing perlu segera kembali semula ke darat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Ketika ribut, kilat turut memancar dan kelihatan seolah-olah mencecah permukaan laut. Lazimnya ribut ini berlaku pada Jun, Julai dan Ogos.
Awan sejengkal, ribut akan tiba
SEBAGAI kaki pancing yang sering berada di laut, anda berdepan risiko dilanda ribut. Ia yang datang secara tiba-tiba biasanya membahayakan pemancing terutama yang menaiki bot kecil. Oleh itu, sebagai kaki pancing, anda wajar mengetahui jangka masa ribut akan tiba di lokasi anda. Ini penting untuk membolehkan anda membuat keputusan sama ada berlindung di pulau atau kembali ke pantai. Menurut, Adnan Osman yang berasal dari Langkawi, Kedah, jika anda nampak awan hitam separas dengan laut ia bermakna ribut masih jauh dan memakan masa yang panjang sebelum tiba di tempat anda. Dalam keadaan ini, biasanya anda masih mempunyai masa kembali ke pantai. Tetapi jika awan hitam berada pada paras sejengkal atau lebih daripada paras laut, ribut berkenaan sudah begitu hampir. Oleh itu, segera berhenti memancing kerana ribut akan tiba dalam masa tidak sampai satu jam. Anda perlu segera mencari tempat berlindung. Pastikan anda memakai jaket keselamatan. Oleh itu, jika anda menggunakan bot kecil dengan kelajuan rendah anda patut berwaspada apabila berdepan dengan keadaan ini. Justeru anda dinasihat supaya kerap memerhatikan awan berdasarkan tips di atas. Jangan kerana leka memancing, anda lupa soal keselamatan diri sendiri.
Kekalkan Ikan Segar
BAGI kaki pancing, apabila keluar memancing, tong air batu atau tempat Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan. Pertama, menggunakan uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan berhampiran rumah. Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika meronta, jaring koyak dan ikan terlepas. Cara kedua dan paling biasa digunakan ialah kotak air batu. Ia paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu supaya sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak menyimpan ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik. Jadi berhati-hatilah jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai. Cara ketiga banyak diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana sukar mengangkutnya. Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang termasuk membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang dielak daripada terkena air. Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam sebelum disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk. Cara keempat ialah dengan membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam. Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali hentakkan, besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan. Rasional cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara mendadak, otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan. Bagaimanapun, cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja. (Sumber rujukan: Majalah Wawasan Pertanian).
Ikan kecil panggil ikan besar
KAKI pancing wajar mengetahui etika memancing. Misalnya, pemancing hanya perlu mengambil hasil tangkapan yang besar dan diperlukan saja manakala ikan kecil dan tidak diperlukan dilepaskan semula, terutama bagi spesies ikan yang hampir pupus. Amalan ini bukan sahaja dapat mengekalkan spesies ikan tertentu pada masa depan malah bersesuaian dengan petua orang tua. Selain tidak bertindak kejam ia juga dikatakan akan membolehkan kita mendapat tangkapan yang banyak dan besar. Menurut Rahmat Mohd Nazim, 36, dari Pekan, Pahang, ada orang tua berpesan jika pemancing dapat ikan kecil, kita perlu lepaskan semula. Jangan dianiaya. "Untuk mendapat ikan yang banyak, kita boleh minta anak ikan berkenaan memanggil ikan yang lebih besar untuk tangkapan kita. Kemudian kita bebaskan ikan itu ke laut. Insya-Allah jika ada rezeki kita akan dapat tangkapan lebih besar," katanya ketika mengunjungi Balai Joran, baru-baru ini. Menurut Rahmat, ramai yang mengamalkan petua itu pernah mendapat tangkapan lumayan. Walaupun petua ini tidak semestinya menjadi kenyataan, namun yang penting amalan ini menjadikan pemancing lebih beretika.
Ekor sembilang penawar bisa
USIANYA yang sudah melepasi setengah abad tidak menggambarkan Yusof Abdul Raof patah semangat dalam aktiviti hariannya sebagai seorang pengusaha makanan di sebuah gerai di Petaling Jaya, Selangor. Apa yang tersirat dalam hatinya, manusia ini seharusnya terus berusaha dalam apa jua bidang yang diceburi termasuk pelbagai kegiatan di masa lapang. Yusof, 58, atau lebih dikenali dengan panggilan Raja Sembilang sentiasa bersyukur atas kebolehan luar biasanya sebagai seorang pemancing yang tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Kegemaran memancing yang sudah tertanam di jiwanya sejak berusia 10 tahun itu membolehkan Yusof mendapat gelaran Raja Sembilang kerana beliau memang penganyir dan pakar memancing ikan berkenaan. Tanpa mahu merahsiakan kepakaran luar biasa itu, Yusof secara spontan berkata, apa bidang sekalipun seseorang itu mestilah berilmu selain daripada kemahiran semula jadi. "Saya mengaku, mempelajari segala petua dan cara-cara memancing sembilang ini daripada seorang tua di kampung saya, tetapi sekadar kegunaan sendiri aja..." senyumnya menampakkan keikhlasan. Bagaimanapun beliau terpaksa berpegang kepada segala janjinya iaitu tidak boleh makan ikan berkenaan tetapi sekadar memancingnya saja dan jika hasil tangkapan itu lumayan hendaklah dibahagi-bahagikan kepada mereka yang memerlukannya. Jika beliau melanggar pantang larang ini, ini bermakna tangkapan spesies berkenaan tidaklah sebanyak mana kebiasaan yang diperolehi tetapi sekadar untuk sekeluarga saja. Yusof tidak menyimpan rahsia cara mengenali lubuk sembilang. Pemancing tambahnya, perlu memerhatikan buih-buih yang mungkin dapat dilihat pada permukaan air ketika air besar. Jika buih-buih kelihatan sudah pasti kawasan itu mengandungi banyak sembilang dan tidak akan menghampakan selain ikan ini mudah di kail ketika air mula pasang dan pada waktu surut. Pemancng juga mudah menghasilkan tangkapan ikan ini jika air teres iaitu ketika air surut mirip kepada lopak-lopak air kawasan menghampiri persisiran pantai. Yusof menunjukkan jari dan sebahagian daripada lengannya sambil tersenyum berkata: "Lihat tangan dan jari ini sudah lali dan kebas kerana bisa ikan sembilang. "Pemancing tentu lebih maklum, sengat sembilang bisanya bukan kepalang menjalar hingga ke jantung dan jika rawatan segera tidak diberi pemancing pasti pengsan malah lebam seluruh badan. "Tangan saya ni" sambil menunjukkan berulang kali "tebal kulitnya, bahagian jari ni sudah kematu terkena sengat. "Saya kurang pasti ada yang mengatakan bisa ikan ini akan susut selepas tujuh kali air pasang dan surut. Tetapi bagi saya cara menghilangkan biasanya mudah aja iaitu gigit saja ekor ikan ini sekuat-kuatnya, hingga bisa beransur susut" wajah Yusof membayangkan kebenarannya.
Semburan lumba-lumba bawa hasil
AKTIVITI turun ke laut tidak boleh sebarangan. Jaket keselamatan, bekalan makanan dan paling utama, joran dan umpan mesti diambil kira. Mengikut petua sesetengah pemancing, sewaktu hendak turun ke laut, jangan ditegur atau ditanya Makan juga tidak boleh terlampau kenyang nanti tidak mendapat ikan. Bagaimanapun, kebanyakan nelayan laut dalam tidak mempunyai petua tertentu. Kalau sudah rezeki, berlabuh di laut cetek pun boleh mendapat ikan yang banyak. Mengikut petua zaman dahulu kala, untuk mengetahui sama ada seseorang nelayan berkenaan akan mendapat hasil yang lumayan atau tidak, ianya berpandu kepada ikan lumba-lumba yang bermain di sekitar perairan ataupun yang bermain-main di sekeliling bot sewaktu sedang laju membelah ombak. Lebih memberangsangkan seandainya ikan lumba-lumba berkenaan menyemburkan air dari atas kepalanya ke arah luang bot atau bahagian tepi bot, maka lumayanlah hasil yang akan dibawa pulang nanti.
Petua sebut cewek meow...
KATA orang mulut jangan becok kalau masuk ke kawasan hutan rimba atau mengunjungi sesebuah tempat baru. Begitu juga kalau ingin turun ke laut. Banyak pantang larang yang perlu diikuti. Kadang kala jika difikirkan petua atau pantang larang sedemikian ada yang mengarut dan tidak logik bunyinya tetapi sekadar menghormati pesanan orang-orang tua, kita lestarikan petua dan pesanan itu supaya ianya masih kekal. Antara petua Joran minggu ini ialah jaga mulut kalau turun ke laut. Jangan terlalu "laser". Katalah anda sudah berada di air (dalam bot atau tengah laut) jangan sekali-kali menyebut nama binatang berkaki empat yang hidup di darat. Kalau nak sebut juga beri ganti nama berkenaan dengan nama "cewek" (bukan bermaksud cewek Indon tau..) Contohnya kucing disebut cewek meow, kambing disebut cewek mbekkk... dan harimau disebut cewek aummm...! Kelakarkan? Tetapi itulah hakikatnya yang pernah diamalkan oleh sesetengah nelayan laut dalam di sebelah Pantai Timur. Bukan apa, agaknya nak jaga hati ikan-ikan yang di dalam laut sebab spesies mereka tu tak ada kaki kan?
Lesung batu rumah ikan
MUNGKIN sukar bagi seorang pemancing untuk mencari lubuk ikan yang tidak pernah habis dengan ikan-ikan di dasarnya. Lazimnya kita biasa mendengar tayar atau kereta buruk dijadikan tukun untuk ikan berkampung di sekitarnya.
Mengikut petua, anda boleh membuat lubuk ikan anda sendiri tetapi mungkin mengambil masa yang agak lama. Dapatkan satu lesung batu yang sudah berlubang di bahagian tengahnya. Pastikan anda tidak membuat lubang dan ianya terjadi kerana sudah terlalu lama digunakan. Campakkan lesung batu berkenaan ke mana-mana bahagian sungai yang anda suka, ikan akan berkumpul di situ.
Kalau nak tahu cuba buat...
Sarang jabut pengubat bisa
SENGAT sembilang sakitnya bukan kepalang. Kata orang tua-tua bisanya akan beransur hilang setelah tujuh kali air pasang dan surut. Tetapi setiap penyakit itu ada ubatnya. Pemancing Jamal Abdul Jalil seorang anggota polis dari Balai Polis Setapak Kuala Lumpur ada petuanya. Jamal memberitahu untuk meredakan bisa ikan sembilang apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan jari atau bahagian-bahagian tangan anda yang terkena sengat itu ke dalam sarang jabut (busut-busut kecil berlumpur) berdekatan dengan sarang ketam paya bakau. Biasanya sarang jabut ini banyak terdapat di paya bakau atau di tepi-tepi sungai yang berlumpur. Insya-Allah bisanya akan reda, mungkin sarang jabut yang mengandungi cecair lumpur paya itu sejuk dan dapat meredakan bisa serta mengelakkan tangan anda berasa kebas.
Bahaya menggunakan arus elektrik
PENGGUNAAN arus elektrik walaupun tidak bersifat memupus tetapi ia berbahaya kepada pengendalinya. Walaupun pernah dibuat penyelidikan di Eropah mengenai kaedah penangkapan ini, namun ia tidak dapat diterima oleh pihak berkuasa perikanan serta masyarakat nelayan di sana kerana risikonya lebih besar daripada kebaikan yang diperolehi. Di negara ini sudah ramai penangkap ikan yang menggunakan kaedah ini merasa penangannya dan ada yang dilaporkan di akhbar. Tentunya kita masih ingat satu kes yang tersiar di akhbar di mana seorang peneroka rancangan tanah di Pahang meninggal terkena arus elektrik ketika menjalankan aktiviti ini. Juga ada dinyatakan bagi ikan-ikan yang menerima kejutan elektrik yang tinggi mungkin mengalami gangguan pembiakan kerana kerosakan sistem tubuhnya seperti juga manusia yang pernah mengalami kejutan elektrik. Di samping itu, ikan berkenaan tentunya berhijrah ke tempat lain kerana 'phobia'. Sesungguhnya kaedah-kaedah ini adalah diharamkan dan berbahaya tetapi tidak ramai daripada kita yang menyedarinya.
Menuba kimia secara curahan dan kesannya
Kita sering menatap berita-berita yang menyedihkan bagaimana ikan-ikan baik yang diternak atau yang hidup liar mati akibat diracun dan kita sering juga melihat ramai di kalangan kita yang mengutip ikan berkenaan untuk dimakan - bagi mana-mana yang boleh dimakan. Tapi bagaimanakah selamatnya memakan ikan-ikan ini? Sejarah menuba sebenarnya bermula sejak dulu lagi. Ia lebih merupakan satu pesta rakyat di mana semua penduduk dan pembesar terbabit. Biasanya kawasan yang hendak dituba dikenal pasti dan disempadankan menggunakan tali yang merentangi sungai berkenaan. Tali ini adalah sempadan dengan ikan yang mengalami kesan tubaan. Tuba yang digunakan ialah tuba tradisional dan penuba berkenaan selalunya berupaya menawar (membuang bisa) air tuba berkenaan. Tuba tradisional ini berasal daripada tumbuhan hutan yang dikenali tuba akar. Satu lagi ialah tuba isi (isinya bertongkol-tongkol di pangkal dan berbentuk seperti ubi kentang). Ia tidak memberikan kesan kepupusan kerana keracunannya hanya memeningkan ikan di air. Selepas beberapa ketika apabila air baru sudah bercampur dengan air yang sudah dituba (kepekatan tuba berkurangan), ikan berkenaan akan kembali segar.
Kesan Endosulfan kepada ikan
Kegunaan pertanian. Ia selalunya didapati dalam bentuk larutan terelmusi dan berbau memeritkan hidung. Apabila tercampur air ia mengeluarkan warna putih susu dan sekiranya ia disalah gunakan untuk menuba ikan, ia menyerap ke dalam isi ikan dan menjadikan ikan ini berbau sedikit. Walaupun tidak ada lagi sebarang ujian kepekatan kematian yang dilakukan di negara ini kepada ikan dan tuba, jenis ikan yang berbeza mempunyai ketahanan racun yang berbeza. Contohnya ikan kelah atau tengas kebal berbanding sebarau. Secara umumnya Endosulfan amat cepat memberi kesan toksiknya kepada ikan tetapi agak kurang kesannya kepada udang. Manakala di bawah kepekatan 5ppm (1.0kg/200 meter padu air @ 10 tangki trailer minyak biasa) sudahpun memberikan kesan yang serius dan boleh memupuskan keseluruhan ikan dan benih ikan yang ada dalam air berkenaan. Pada permulaan ikan bertemu air yang diracun, ikan ini akan termenung dan kemudian meluncur di dalam air seolah-olah dirasuk. Ini kerana pada permulaannya Endosulfan bertindak merangsang sistem penderiaan lalu mengganggu keseluruhan sistem saraf ikan berkenaan termasuk otaknya yang menyebabkan ikan itu gila (mentally disorder). Pada beberapa minit kemudian kesan serius mula terjadi di mana kerosakan sistem saraf berterusan membuatkan ikan berkenaan kehilangan tenaga serta gangguan pernafasan. Tidak lama kemudian ia akan mati sama ada terdampar di dasar atau dihanyutkan arus. Terdapat juga yang mati di darat akibat terlalu kuat melompat.
Racun menyerap
Adalah disahkan, racun kumpulan ini (Lindane, Aldrin, Dieldrin, Chlordane dan Endosulfan) secara teknikalnya menyerap dengan mudah menembusi kulit manusia untuk memberikan kesan keracunannya. Selalunya ini boleh dikesan dengan rasa gatal-gatal pada tubuh apabila seseorang mengharungi air yang diracun terutama ketika menangkap ikan yang dituba itu. Zarah racun ini apabila memasuki badan ia tersimpan di bahagian lemak tubuh manusia untuk jangka masa tertentu. Oleh itu amat berbahaya untuk seseorang mendedahkan diri kepada Endosulfan berkali-kali kerana akibatnya pengumpulan zarah Endosulfan di lapisan lemak akan terus meningkat berkali ganda. Seterusnya proses penyah-klorinan dan tindak balas perubahan kimia berkaitan akan berlaku. Dos membunuh bagi manusia dewasa dipiawaikan pada tahap kurang daripada 2.0 gram. Pernah diberitakan seorang kaki tuba yang sering menggunakan bahan Endosulfan untuk menangkap ikan telah meninggal dunia gara-gara mendapat barah perut yang teruk (tahun lalu) dan kini rakan-rakannya sudah 'bertaubat' daripada melakukan kerja serupa. Bagi binatang pula, Endosulfan telah terbukti membutakan kambing biri-biri yang memakan rumpai yang diracun dengannya dan di peringkat makmal, ia menghasilkan kerosakan penglihatan pada tikus.
Endosulfan terpindah kepada manusia
SEBAGAIMANA Endosulfan boleh menembusi kulit manusia, ia lebih cekap lagi menembusi kulit ikan kerana kulit ikan berfungsi sebagai hidung (menyerap oksigen). Tidak syak lagi sejumlah besar kandungan zarah Endosulfan ini sebati dalam sistem tubuh ikan berkenaan termasuk isinya. Fakta di atas dapat dibuktikan dengan cara mencampakkan ikan yang ditangkap (terutama yang dicincang isinya) ke dalam satu bekas berair yang mengandungi hidupan (seperti jentik-jentik) dan lihatlah bagaimana hidupan kecil ini mati. Ujian terhadap udang yang dituba juga menunjukkan kesan sama.
Tuba umpan beracun
KAEDAH ini adalah paling bahaya. Ia jelas mendedahkan si pemakan ikan kepada keracunan kimia antara yang paling berbisa di kalangan ketegori 'racun'. Racun ini digunakan dengan mencampurkan ia bersama-sama umpan.
Konsep mengumpan ini sama seperti memancing dengan racun bertindak sebagai mata pancing. Biasanya umpan ialah ricihan isi kelapa sawit yang diuli dengan tepung atau roti yang dipenyek (diuli semula) dan kemudiannya dicampurkan dengan racun kimia berkenaan. Racun yang digunakan ialah dari kategori N-Methyl Carbamate yang dikenali amat toksid. Pelbagai jenis racun kimia dalam kumpulan ini dan jenis yang biasa digunakan ialah Carbofuran dan Methomyl. Ia berbentuk seperti garam masakan biasa. Mungkin di kalangan kita yang kurang arif dengan bahan kimia sebegini tertanya-tanya adakah benar bahan ini ada digunakan dan senang didapati. Jawapannya ialah ya... tetapi kita lebih biasa dengan jenamanya sahaja tanpa mengetahui nama kimia sebenar. Carbofuran (nama piawaian British, Amerika Syarikat dan ISO) selalunya kita kenali dengan Furadan dan racun ini selalunya ditabur ke dalam tanah ketika menanam bagi mengelak tanaman daripada dimakan ulat dan serangga perosak. Ada juga yang digunakan dengan cara semburan. Malangnya ada juga penanam sayur yang menggunakan racun ini sebagai gantian meracun semburan bagi memastikan sayur mereka subur. Konsep ini adalah salah kerana ia tidak disyorkan untuk tanaman usia singkat seperti sayur-sayuran. Bagaimanapun dalam konteks menuba ikan, ia kurang digunakan kerana ia bukan lagi pada keadaan aslinya. Ia amat berbisa dan boleh menyebabkan kematian seorang manusia dewasa dengan hanya termakan sekadar setengah gram (berat sebiji kacang soya). Methomyl pula lebih dikenali dengan nama dagangannya 'Lannate'. Racun ini sudah dihentikan penjualannya di negara ini tetapi ada di kalangan petani dan peniaga menyeludup masuk racun ini dari negara jiran. Ia sangat berbisa, sama dengan racun Carbofuran. Selalunya di sekitar tahun 1980an, racun ini sering digunakan untuk membunuh anjing liar dan sering kita rdengar aktiviti me'lanet' anjing di Klang dan sekitarnya.
Keadaan ikan ketika termakan umpan beracun
Umpan digentel dan dilemparkan ke lubuk yang menjadi kediaman ikan yang hendak ditangkap. Apabila ikan memakan umpan beracun, umpan berkenaan dikunyah dan ditelan masuk ke dalam perut. Sebaik sahaja dikunyah, racun mula bertindak dan segera disebarkan ke seluruh tubuh ikan termasuk otaknya melalui sistem cecair tubuhnya (darah). Hanya beberapa minit sahaja ikan berkenaan akan mengalami bisa-bisa dan gangguan sistem saraf dan pernafasan. Akhirnya ia meluncur ke permukaan air sementara menantikan detik kematiannya. Ketika ini penuba akan memungut ikan. Biasanya hanya sebahagian sahaja ikan yang dapat dipugut dan sebahagian lagi mendap ke dasar. Beberapa jam kemudian ikan ini akan timbul ke permukaan apabila perutnya membusung dan bengkak. Kita boleh melihat keadaan ikan ini yang terseksa. Kebanyakannya mengalami pendarahan di mata, insang serta kulit (celah sisik). Organ dalamannya pula hancur dan dalam sekejap waktu sahaja ia menjadi busuk dan pecah perut. Jika dapat ditangkap ketika ia masih hidup, seluruh badan ikan berkenaan boleh dilihat menggeletar menahan bisa.
Kesan memakan ikan terkena racun
IKAN yang dituba sebenarnya sudah memindahkan racun dari umpan ke sistem badan dan seterusnya sebati bersama isi tubuhnya. Ada di kalangan penuba berpendapat dengan membasuh ikan selepas disiang dengan air yang banyak dan kadangkala dibasuh dengan air kelapa dapat melupuskan racun berkenaan. Anggapan ini salah sama sekali. Kesan kepada manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan segera dan tertunda. Ia adalah kesan keracunan berantai yang terpindah secara tidak langsung akibat memakan isi ikan yang mengandungi racun berkenaan. Keberkesanan racun ini boleh mencapai lebih dua pusingan pemangsaan (putaran) bergantung kepada jumlah dos racun yang terbabit. Perlu diingat juga racun ini boleh memasuki tubuh badan kita secara serapan menembusi kulit. Kesan segeranya ia berkaitan perubahan kimia dalam badan yang agak kompleks dan panjang untuk dijelaskan. Umumnya ia berkaitan radang otot, saraf serta otak. Kesan jangka panjang juga amat banyak seperti kerosakan hati, buah pinggang dan otak. Oleh itu, adalah lebih baik kita menghindarinya daripada cuba memperjudikan nasib dengannya. Kerap kali terdapat binatang pemangsa seperti biawak memungut dan memakan bangkai ikan ini tetapi akhirnya ia turut menjadi bangkai. Ini menunjukkan ikan itu cukup berbisa untuk membunuh pemangsanya. Apa yang dikhuatiri kemungkinan berlakunya seseorang memungut ikan mati dan hanyut akibat racun ini tanpa mengetahui latar belakang kematian ikan berkenaan. Sudah semestinya risiko keracunan lebih serius akan berlaku. Dari itu, sebaiknya hendaklah jangan dipungut sebarang ikan hanyut kerana ia berbahaya.
Penangkapan ikan secara pengeboman
AKTIVITI mengebom sudah sebati dengan sebahagian kecil pemancing yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan kepada dirinya serta sekitaran. Walaupun aktiviti ini sebenarnya menyalahi undang-undang kerana menggunakan bahan peletup secara haram, tetapi akal manusia sentiasa melewati batas berkenaan semata-mata kerana alasan mencari rezeki. Berjenis-jenis bahan peletup telah dan sedang digunakan termasuklah dinamit kuari, belerang mercun, TNT dan tak kurang juga yang terlalu kreatif dengan membuat sendiri bahan peletup dari baja nitrat serta garam racun rumpai (sodium chlorate). Tidak kurang juga yang mengalami penangannya. Ada yang hilang jari dan sesetengahnya kudung tangan. Bagi yang lebih malang, tubuh berkecai terkena bahan letupan yang dibuat sendiri. Rasanya penduduk di sebuah daerah di Pahang masih segar dengan kejadian di mana seorang lelaki maut apabila menggunakan bahan TNT untuk mengebom ikan. Di sini kita tumpukan perhatian kepada kaedah pengeboman yang biasa digunakan iaitu menggunakan garam sodium chlorate kerana ia mudah dibeli di pasaran dan harganya murah. Kesan aktiviti ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu risiko semasa mengendali bahan berkenaan, kesan jangka panjang apabila memakan ikan yang dibom dan kesan kepada sekitaran.
Risiko kerja pengeboman
KERJA haram ini amat berbahaya. Sodium Chlorate (NaCIO3) bukanlah garam Sodium Chloride (NaCl) air laut yang kita gunakan. Ia adalah hasil sampingan tindak balas kimia dalam satu reaktor. Garam ini dipasarkan dalam kuantiti yang berbeza sama ada dalam beg satu kilogram atau drum kecil. Ia adalah sejenis racun rumpai dan digunakan untuk membunuh rumpai berdaun panjang serta tunas buluh. Di dalam garam berkenaan terdapat satu bahan beracun yang dipanggil arsenik dan ia adalah sisa tindak balas kimia yang menghasilkan garam berkenaan dan kepekatannya berbeza-beza bergantung kepada kepekatan proses yang dijalankan. Jika perawatan sisa kurang berkesan kandungan arsenik ini mungkin melebihi 1.0 gram (1,000 bpj - bahagian per juta) setiap kilogram garam. Garam Sodium Chlorate juga berbahaya dan sedikit sebanyak boleh meresap menembusi kulit dan bersatu dengan bendalir badan dan boleh merosakkan sistem penapisan darah. Arsenik adalah bahan beracun. Berdasarkan kepada had piawaian bahan berkenan, ia hanya memerlukan kurang dari 1.0 gram untuk memudarat dan membunuh seorang manusia dewasa. Semasa percampuran ramuan, sedikit sebanyak serbuk arsenik berkenaan akan sampai ke tubuh si pengebom sama ada secara serapan atau tersedut debu ramuan. Di samping itu debu bahan lain seperti sulfur juga berbahaya kerana boleh membentuk asid sulfurik di dalam paru-paru apabila disedut. Bahan campuran ini juga amat sensitif kepada haba. Sebarang geseran termasuklah geseran tapak tangan boleh menyebabkan campuran ini tebakar. Apatah lagi jika terkena sinaran matahari. Risiko letupan ketika menyediakan ramuan ini sehingga meletupkannya di bawah air adalah amat tinggi dan sesiapa yang melakukannya seolah-olah meletakkan nyawanya sekadar berharga beberapa kilogram ikan yang hendak ditangkap.
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut Ada sebuah
kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah
melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu, walaupun langit telah mulai
menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada
kalian, Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti
mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga
bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata
Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik
turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang, saatnya
sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua
sahabat kala itu.Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya
di
dunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap
Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Disaat
itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan
detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang
di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang
demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian
ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian
wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah
yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata
Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang
menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya� Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti� ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar
ini?" Tanya Jibril lagi.
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad
telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan
Jibril� memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan
wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak
tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai
dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar
seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat
dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,
ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia
yang memberi sinaran itu.
P/S : mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”
Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.
“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.
Artikel ini adalah tentang pembohongan seorang ibu terhadap anaknya sebanyak lapan kali
1. MAKANLAH,IBU TIDAK LAPAR.
Cerita bermula ketika penulis masih kecil.Hidup keluarga mereka serba kekurangan dan semasa makan ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk penulis.Sambil memindahkan nasi ke dalam mangkuknya,ibu berkata,Makanlah nak,ibu tidak lapar.
2. MAKANLAH,IBU TIDAK SUKA MAKAN IKAN.
Ketika penulis mulai besar,ibu sering meluangkan waktu senggangnya pergi memancing di taliair berhampiran rumah untuk dijadikan lauk mereka sekeluarga.Kemudian,ibu akan memasak gulai ikan yang segar itu untuk anak-anaknya.Sewaktu anak-anak makan,ibu akan duduk di samping mereka dan hanya memakan sisa makanan yang menempel di tulang bekas sisa ikan yang dimakan penulis dan adik-beradiknya.Bila penulis menghulurkan ikan kepadanya,ibu berkata…Makanlah nak,ibu tidak suka makan ikan.
3. CEPATLAH TIDUR,IBU BELUM NGANTUK.
Di usia awal remaja penulis,semasa beliau di sekolah menengah,ibu akan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih ke kedai untuk menyara persekolahan penulis adik-beradik.Suatu dinihari,lebih kurang pukul 1.30 pagi penulis terjaga dari tidur dan melihat ibunya sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya.Penulis telah melihat beberapa kali kepala ibu terhangguk kerana mengantuk.Penulis pun berkata,Ibu,tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula.”Ibu tersenyum sambil berkata,…Cepatlah tidur nak,ibu belum mengantuk lagi.
4. MINUMLAH,IBU TIDAK HAUS.
Di hujung musim persekolahan,ibu telah meminta cuti kerja supaya dapat menemani penulis pergi sekolah menduduki peperiksaan.Ibu sabar menunggu di luar dewan dan berpanas.Mulutnya pula terus kumat-kamit mendoakan agar anaknya akan lulus cemerlang.Ketika penulis selesai dengan peperiksaannya,ibu dengancepat menhulurkan air kopi yang disiapkan dalam botol yang dibawanya kepada penulis.Melihat ibunya dibasahi peluh,penulis segera memberikan cawannya kepada ibu.Ibu menolak sambil berkata….Minumlah nak,ibu tidak haus.
5. IBU TIDAK PERLUKAN CINTA DAN LELAKI.
Setelah pemergian ayah kerana sakit,yakni baru beberapa bulan penulis dilahirkan,ibu terpaksa mengambil alih tugas ayah.Melihat kehidupan mereka yang semakin susah,seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran sering datang memberikan ibu bantuan,tetapi ibu sering menolaknya.Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya bernikah lagi agar ada orang lelaki yang menjaga dan mencari wang untuk mereka sekeluarga.Tetapi ibu tidak mengendahkan nasihat mereka dan berkata…Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.
6. JANGAN SUSAH-SUSAH,IBU ADA DUIT.
Setelah abang dan kakak penulis bekerja,mereka menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah.Mereka juga sering mengirim duit kepada ibu tetapi ibu telah mengirim balik duit itu kepada mereka ambil berkata..Jangan susah-susah,ibu ada duit.
7. TIDAK PAYAH,IBU TIDAK BIASA.
Setelah tamat pengajian di universiti,penulis telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di luar Negara dan dibiayai oleh sebuah syarikat.setelah mendapat sarjana yang cemerlang,penulis telah bekerja dengan syarikat tersebut.Dengan gaji yang lumayan,penulis berhajat membawa ibu menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Tetapi ibu yang baik hati telah menolak kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya dan berkata…Tak payahlah,ibu tidak biasa tinggal di negara orang.
8. JANGAN MENANGIS,IBU TIDAK SAKIT.
Beberapa tahun berlalu,ibu semakin tua.Suatu malam penulis menerima berita ibu diserang penyakit kanser.Ibu terpaksa dibedah secepat mungkin dan penulis yang berada jauh di seberang samudera,segera pulang menjenguk ibu tercinta.Penulis melihat ibu yang terbaring lemah selepas menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan tua masih mampu menatap wajah penulis penuh kerinduan bersama sebuah senyuman.Penulis dapat melihat betapa siksanya ibu menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya…Penulis menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata.Namun ibu tetap tersenyum dan berkata…Jangan menangis nak,ibu tidak sakit.Selepas pengucapan pembohongan kelapan itu,ibu telah pergi mengadap penciptanya.
Sehingga kini penulis diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun beliau mengasihi ibunya,tetapi beliau tidak pernah sekalipun membisikkan kata-kata itu kepada ibunya.
Sedihkan cerita ni.. Semoga ianya memberi pengajaran kepada kita betapa berharganya kasih sayang seorang ibu.. Sesungguhnya jasa ibu amatlah besar dalam hidup kita.. Kita selalu terlupa dengannya.. Sibuk dengan kehidupan mengejar kekayaan, penghormatan sehingga terlupa insan yang menjaga kita.. Wallahualam..
rasenye xde org post lg kisah ni...dah try search, xjumpe plak...
IBU MISALI
OLEH NORHASHIMAH HASHIM
PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?
Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.
Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"
"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."
"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!" "Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.
"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."
"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.
"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "
"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."
"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."
"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."
"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."
"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.
"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.
"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini.. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka.. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.
"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "
"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri.. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."
"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.
"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."
"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."
"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."
"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara..
Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.