Home Home   Forums Forum   Downloads Downloads   Lyrics Lyrics   Photo Celebrities Photo   Tube Videos Videos   News Articles Articles   Lelong Lelong   Arcade Arcade
Click 4 Home 
Index Jiwang Chat blank Links Jiwang FM Online radio JWG IRC Server JWG Network RSS Feeds  
Expand/Collapse   JWG SubDivision  Headlines   
  Login
Nickname

Password


Remember me:


Lost Password?

Don't have an account?
Register now! Visit Us Via WAP!

  Site Progress
Recent:TYW
 Articles0019
 myShare001
 Files004
 Users762101739

  Menu
Home
Downloads
Add file
Popular file
Latest file

Forum
Portal
Album
Search

AudioSearch
RapidSearch
LinkChecker
VideoTube
OnlineTV
Photo Gallery
Media AF
New
Popular
Top Rated

Arcade
Favorites
Champions

MyArticle
Add article
Article archive
Stats

Carta Lagu
LirikLagu
Submit lirik lagu
Ask for lirik lagu

MyShare
Submit
Popular
Latest

Mobile WAP
Search File
PC Suite

MyDvDs
Trailers
Synopsis

Lelong
Members
Search
Top
Friends

WebSearch
About
Contact
Policy
Link

FAQ
Islamic

  Useronline
 Guests: 270
 Jiwangers: 163
 Total: 433

  JWG Network
[ More.. ]

  Information

Jiwang! Forum Index
HomeHome   AlbumAlbum  SearchSearch
 MembersMembers GroupsGroups medals.htmlMedals

My jBlogjBlogs  LoginLogin  RegisterRegister
Jiwang! Forum Index
The time now is Sat Nov 21, 2009 12:12 pm
 ProfileProfile Login to xs PMsLogin to xs PMs

Search found 1912 matches
Jiwang! Forum Index
Page 1 of 128 Goto page : 1, 2, 3 ... 126, 127, 128  Next
Author Message
  Topic: Wali Band
wizard320

Replies: 36
Views: 1227

PostForum: Music & Lyrics   Posted: Sat Nov 21, 2009 3:10 am   Subject: RE: Wali Band
Harga Diriku

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Reff:
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa 'tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Back to Reff

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku....

Back to Reff
  Topic: AMD to Sample Bulldozer Architecture in 2010
Han_Hin

Replies: 6
Views: 60

PostForum: Berita Dunia IT   Posted: Fri Nov 20, 2009 10:51 pm   Subject: Re: RE: AMD to Sample Bulldozer Architecture in 2010
szulmizan wrote:
Han_Hin wrote:
makin laju le ni mungkin ade rekod dunia bru ni.bru plan nak angkat phenom 9 series kuar bru plak.mesti laju nih.

yup.. semamang nyer akan lebih pantas dr platform K10.5 yg ada skrg..
klo sanggup tunggu.. tahun dpn totally new CPU from AMD will release (New Architecture)
Develop almost 10 years utk dapatkan cpu yang baru..

lame tul nak develop bru nyer architecture tul celen proc intel.tgk dlu la klo lmbat sgt kuar bli phenom je.plan nak bli thn dpn.yg menarik nya leh combine cpu ngan gpu tu bes tak penah di buat intel.
  Topic: AMD to Sample Bulldozer Architecture in 2010
szulmizan

Replies: 6
Views: 60

PostForum: Berita Dunia IT   Posted: Fri Nov 20, 2009 10:03 pm   Subject: RE: AMD to Sample Bulldozer Architecture in 2010
Han_Hin wrote:
makin laju le ni mungkin ade rekod dunia bru ni.bru plan nak angkat phenom 9 series kuar bru plak.mesti laju nih.

yup.. semamang nyer akan lebih pantas dr platform K10.5 yg ada skrg..
klo sanggup tunggu.. tahun dpn totally new CPU from AMD will release (New Architecture)
Develop almost 10 years utk dapatkan cpu yang baru..
  Topic: AMD to Sample Bulldozer Architecture in 2010
Han_Hin

Replies: 6
Views: 60

PostForum: Berita Dunia IT   Posted: Fri Nov 20, 2009 7:41 pm   Subject: RE: AMD to Sample Bulldozer Architecture in 2010
makin laju le ni mungkin ade rekod dunia bru ni.bru plan nak angkat phenom 9 series kuar bru plak.mesti laju nih.
  Topic: ~Fakta ~ Auta~
cde

Replies: 66
Views: 698

PostForum: Kopitiam   Posted: Fri Nov 20, 2009 1:28 am   Subject: RE: ~Fakta ~ Auta~
fakta - SATU adalah syarikat air Terenganu

auta - SATU adalah syarikat air nombor satu di dunia gelak malew2 plak
  Topic: NIKAH DI THAILAND KAHWIN DI SIAM AKAD IJAB KABUL
elmyda

Replies: 2
Views: 86

PostForum: Ads & Promo   Posted: Thu Nov 19, 2009 11:42 pm   Subject: RE: NIKAH DI THAILAND KAHWIN DI SIAM AKAD IJAB KABUL
insyaallah nikah yg dibuat melalui betong ini adalah sah & cukup dr hukum syarak.

kerana itu lah akad nikah di buat di dalam pejabat majlis agama wilayah yala cawangan betong, bkn di bawah pokok, atau dlm rmh kadi yg tidak ditauliahkn seperti nikah sindiket yg lain.

hati2 dgn pihak yg menawarkn khidmat nikah yg diragui.

di betong nnti segalanya akan diuruskn oleh sy & naib kadi di betong.

setiap pasangan yg bernikah bole berkenalan dgn kadi2 yg ditauliahkan dlm wilayah yala (ada 30 org kadi di wilayan yala yg dilantik setiap 6thn, 2 drpdnya telah meninggal dunia)

alhamdulillah setakat ini byk pasangan yg sy bawa telah berjaya mendaftarkan pernikahan mereka tanpa sebarang masalah.

kpd yg memerlukan khidmat sy bole la menghubungi sy melalui email elmyda@gmail.com atau call sy di no 0175955633 (helmi).

sy akan memberikan segala butir dgn lebih terperinci. sebaik2nya di jelaskan segala keraguan sblm nk ke sana.
  Topic: Streamyx Section
ZaaG

Replies: 26
Views: 944

PostForum: Berita Dunia IT   Posted: Thu Nov 19, 2009 10:11 pm   Subject: RE: Streamyx Section
Quote:
By 2012 Koreans Will Get 1Gbps Broadband Connections


Malaysia bila lak? 50tahun akan datang bru nak perkenal 1Gbps. Melembapkan perkembangan dunia internet,tp piracy semakin maju eee
  Topic: Request MP3 Malay Local Artis
almuf

Replies: 134
Views: 13876

PostForum: AudioShare Malay   Posted: Wed Nov 18, 2009 7:36 pm   Subject: RE: Request MP3 Malay Local Artis
Khadijah Ibrahim - Dunia Hanya Pinjaman

TQ
  Topic: aku takde kedit.. ta paham ke??
jibauk

Replies: 12
Views: 231

PostForum: JWG Groups   Posted: Wed Nov 18, 2009 1:22 pm   Subject: RE: aku takde kedit.. ta paham ke??
keh_keh kalau tak de kedit macam mana dia sent msj tu??? dunia..2x. mozac rongak
  Topic: SUSAH NYA NAK KAHWIN SKRG!
tomlia

Replies: 39
Views: 833

PostForum: JWG Groups   Posted: Wed Nov 18, 2009 1:12 pm   Subject: RE: SUSAH NYA NAK KAHWIN SKRG!
fliquelique wrote:
utk pendapat aku plak, duit hantaran tu bergantung pd thp pendidikan@pekerjaan si lelaki..bkn pompuan
kalau blaja bagus, keje xbrpe bagus, cmna nk bg hantaran tinggi?
kalau blaja xbagus, tp kerja tiptop, bley la consider
pendek kata, bergantung dgn kemampuan masing2..kawtim dgn pihak pompuan
mmgla skg ni sume perlu kn duit, tp berpada2 la..klu dh xmampu, ala kadar cukup
jnji dua2 blah pihak setuju



Fuyoh...mmg bagus, so fliq leh dtg risik x? hehehehe....

Zaman skrang adat lebih diutamakan daripada agama. Dlm islam:

1. Wang hantaran xder, Duit nikah wajib. Kalau selangor RM88 jer.
2. Bernikah kat umah xpakai tudung, sama gak masa sanding xpakai tudung, tp agama menekankan ttg pemakaian tudung.
3. Sanding diutamakan tetapi dlm islam nikah tu laa yg diutamakan, sanding lebih kepada adat dimana tanpa sanding dah nikah pun dah menyempurnakan rukun islam. Biler tanya buat aper nk bersanding, org tua tua kata nk menghebohkan kat seluruh kampung, bini org pun nk kasi heboh ker kat sume org ngan pakaian yg seksi????. Org tua kata, biar laa puteri sehari...skrang biler berhujah pasal islam, org tua tua lak naik angin...hmm pelik tul..

3 perkara diatas lebih kepada adat dan 3 perkara diatas laa yg lebih membebankan kaum adam sbb adat berubah agama tetap sama.

Dibwah nie adelah sebahagian risalah tuk tatapan dan ikutan anda:

Quote:
Ustaz Syed Salim bin Syed hussin dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berkata demi meraikan adat, Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan beberapa syarat iaitu hendaklah disandingkan secara tertutup di hadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja. Walau bagaimanapun, jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan atau untuk mengisytiharkan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin atau para jemputan mestilah menutup aurat serta tidak berhias dengan keterlaluan kecuali perhiasan yang biasa dilihat.Terdapat beberapa upacara tertentu yang menimbulkan sedikit kontroversi dalam adat persandingan ini. Antara upacara tersebut ialah upacara menabur beras kunyit, membaca jampi mentera, berandam, berhias untuk dipamerkan (tabarruj), mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran, menjadikan wang atau hadiah sebagai suatu kemestian, mas kahwin dan hantaran yang mahal, dan lain-lain lagi. Upacara-upacara yang sedemikian rupalah yang menyebabkan adat persandingan masyarakat Melayu ini dikaitkan dengan isu khurafat, tahyul serta pembaziran. Oleh itu, upacara persandingan dalam masyarakat Melayu perlu dijalankan berlandaskan lunas-lunas Islam agar ia tidak membawa kepada kemurkaan Allah. Islam bukanlah seperti pendapat yang dilahirkanan oleh Niccolo Macmeivili yang mengatakan konsep “niat menghalalkan cara”. Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.

“Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram” menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal & Haram fil Islam, halaman 36.

Selain dari itu, upacara perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu melibatkan perbelanjaan yang banyak dan besar. Situasi ini sememangnya mendorong kepada gejala pembaziran dalam masyarakat. Menurut Asma Farhana binti Anuar pelajar tahun akhir jurusan Usuluddin Universiti Malaya (UM) kebanyakan orang Melayu menganggap upacara walimah perlu dianjurkan secara besar-besaran kerana upacara ini hanya dilangsungkan sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, perkara ini pada pandangan mereka tidak salah walaupun ia melibatkan isu pembaziran. Gejala ini dari perspektif Islam sememangnya tidak dianjurkan. Hal ini kerana, selain mewujudkan gejala pembaziran, gejala ini juga mampu memberikan pelbagai implikasi yang negatif dalam kehidupan masyarakat. Contohnya sifat riak dan takbur mungkin akan berleluasa dalam diri masyarakat. Pepatah Melayu yang berbunyi “biar papa asal bergaya” sememangnya tidak sesuai dijadikan pendirian dalam kehidupan kita. Islam merupakan agama yang mudah dan senang. Membicarakan isu walimah daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam)” (Hadis Riwayat Bukhari)Berdasarkan hadis ini, walimah daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat Al-Quran:“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(pemboros) dengan melampau (Surah Al-Isra:26)



Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud:

“Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”


Menurut Abu Thohib bin Ahmat 70 tahun, amalan andaman yang mengarut dan salah disisi syariat islam seperti menepung tawar dengan tujuan memelihara pasangan pengantin daripada gangguan mahkluk halus, bercukur yang melibatan percukuran bulu pada bahagian anak rambut, muka, leher dan tangan dengan tujuan untuk menaikkan seri muka, melangir iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan yang dicukur dan bermandi bunga dan limau dengan harapan untuk membuang sial tidak lagi diamalkan sekarang. Walau bagaimanapun akhir-akhir ini telah timbul satu fomonena baru dimana juru andam atau lebih dikenali sebagai mak andam yang terdiri dari kaum lelaki lembut atau lebih glamour dipangggil ‘mak nyah’. Hal ini jelas bertentangan dengan syariat Islam kerana aurat perempuan tidak boleh dipertontonkan kepada orang yang bukan muhrim.

Berinai adalah salah satu amalan semasa perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra :

”Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan (an-Nasa’iy 5092)

Haji Mohd Yusof Abdul Ghani, Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Pahang berkata ” memakai inai tidak salah selagi ianya tidak dipakai untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah “. Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

“Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi saw melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Za’faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum. Dilarang memakai za’faran (kuma-kuma) bagi lelaki adalah kerana warnanya bukan baunya, kerana memakai benda yang harum bagi lelaki adalah disunatkan. Daun inai itu sama seperti za’faran dari segi mengeluarkan warna dan bau. Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam islam dibolehkan berdasarkan hadis:

”Dalam riwayat al-Bukhari daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan.

Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda:

” Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”

Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Dewasa ini, ramai juga yang mengundang kugiran atau deejay untuk tujuan hiburan, seringkali hiburan itu berlebihan dan sampai kepada peringkat melampau, bahkan yang lebih buruk lagi kadangkala terdapat juga yang menganjurkan joget lambak dan ada pula yang mengundang “mak nyah”! Hal ini jelas tidak sesuai dan haram.

Maka dengan itu, tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam, namun pelaksanaannya sahaja yang perlu berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan Islam.

Jelaslah, Islam bukan sesuatu agama yang memberati para penganutnya dalam melayari arus kehidupan di dunia ini. Islam secara mudahnya merupakan agama yang diwahyukan untuk semua jenis manusia yang terdapat di atas muka bumi ini. Justeru itu, Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.


Sumber: Adat perkahwinan yg selari dengan tuntutan Islam
  Topic: SUSAH NYA NAK KAHWIN SKRG!
DeathRazor

Replies: 39
Views: 833

PostForum: JWG Groups   Posted: Wed Nov 18, 2009 12:04 pm   Subject: Re: RE: SUSAH NYA NAK KAHWIN SKRG!
ONESiXdesign wrote:

"bagi saya sebagai lelaki, mengahwini awk satu yang menguntungkan sebab orang akan kagum dengan saya kerana dapat memiliki awak, tapi sebagai pelabur, mengahwini awak satu kerugian..kerana jika saya membeli hartanah, harganya akan meningkat dari hari ke hari, tetapi dengan 'membeli' kamu, nilai kamu akan susut mendadak.itu tidak dikira dengan nilai susut setiap hari, tahun, dan bulan kerana awak akan semakin tua..kecantikan awak akan semakin pudar. juga tidak termasuk lagi dengan nilai maintainence kamu yang akan meningkat..jadi saya perlu menanggung kerugian yang akan semakin meningkat setiap hari...dari fakta yang saya sebutkan tadi, memang saya akan melakukan kesilapan yang besar jika memilh awak..."
& lelaki kaya tersebut itu pon blah dari situ..


kene2 dpt yg xdgr kata.. xberbaloi wang hantaran beribu2 kalo isteri xdgr kata suami, melawan suami.. pelaburan dunia yg rugi.. akhirat pn blm tentu lg untung ke x pelaburan kita tu..
  Topic: SUSAH NYA NAK KAHWIN SKRG!
al_shabab

Replies: 39
Views: 833

PostForum: JWG Groups   Posted: Wed Nov 18, 2009 11:59 am   Subject: RE: SUSAH NYA NAK KAHWIN SKRG!
kalau mak pompuan tu cakap sebab anak tunggal, ckp la salah die.. sape suruh makcik tak nak anak banyak2??

kalau mak pompuan tu cakap sebab anak die blajar tinggi2, cakap saya nak suh die jaga saya, bukan suruh die mengajar saya.... ilmu dunia mungkin tinggi, ilmu akhirat tu tinggi sangat ke???

kalau mak die banyak cakap lagi.... cari pompuan lain... haha...
  Topic: [Diskusi] Facebook..sesuaikah kita dgn aplikasi2 yg ada?
paihchenko

Replies: 30
Views: 810

PostForum: News & Issue   Posted: Wed Nov 18, 2009 11:15 am   Subject: RE: Haram mengambil kuiz ramalan nasib di facebook..
aku makin xpaham...

Quote:
Facebook berkesan dekati rakyat
Laporan Khairul Azran Hussin dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my

Pemimpin negara digalak manfaat jaringan sosial tangani masalah masyarakat

PUTRAJAYA: Pemimpin negara digesa menggunakan jaringan sosial terkemuka dunia, Facebook sebagai medan untuk mendekati hati rakyat bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka.

Pengarah Pembangunan Pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg, berkata melalui jaringan sosial itu juga, pemimpin dapat berkomunikasi dengan rakyat, selain mendengar pandangan mereka untuk pembangunan negara.

"Saya amat gembira apabila mendapat tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga adalah pengguna Facebook.

"Selain beliau (Najib), Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook, termasuk bagi menjawab pandangan yang dikemukakan berhubung sesuatu isu," katanya.

Zuckerberg berkata demikian pada sidang media selepas memberi ucapan pada Sidang Kemuncak Pembabitan Belia (Yes 2009) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Katanya, Facebook yang diasaskan enam tahun lalu kini mempunyai hampir 300 juta pengguna seluruh dunia, termasuk kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia yang meluangkan masa hampir sejam untuk berkomunikasi bersama rakan selain berkongsi pandangan serta berusaha mendapatkan maklumat penting.
  Topic: [Dunia] FAO digesa laksana proses reformasi, terima kritikan
paihchenko

Replies: 0
Views: 34

PostForum: News & Issue   Posted: Wed Nov 18, 2009 11:10 am   Subject: [Dunia] FAO digesa laksana proses reformasi, terima kritikan
Quote:
FAO digesa laksana proses reformasi, terima kritikan
Oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman di Rome
bharian.com.my


MUHYIDDIN berucap pada Sidang Kemuncak Keselamatan dan Jaminan Makanan Dunia 2009 di Rome, semalam.

Jumlah kebuluran di seluruh dunia terus meningkat: Muhyiddin

PERTUBUHAN Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa melaksanakan proses reformasi dan bersedia mengkritik sendiri pencapaiannya serta meningkatkan keberkesanan dalam menangani isu kebuluran dan keperluan bekalan makanan global.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia penting kerana walaupun sudah tiga kali sidang kemuncak mengenai jaminan dan keselamatan makanan diadakan sejak 1996, jumlah mereka yang kebuluran di seluruh dunia meningkat daripada 800 juta orang kepada lebih satu bilion.

"Ia adalah tanggungjawab moral dan sosial negara berpendapatan tinggi serta tanggungjawab bersama komuniti global. Mereka yang kelaparan, kini sangat meng-harapkan kita menunaikan ikrar membantu mereka yang kita zahirkan dalam Sidang Kemuncak 1996, 2002 dan yang ketiga pada tahun ini.

"Kita perlu melaksanakan harapan itu kepada tindakan yang berkesan di peringkat global, serantau dan nasional. FAO mesti memulakan inisiatif menyediakan arah tuju dan pelan tindakan yang mengandungi langkah progresif membasmi kebuluran dunia," katanya berucap menyampaikan pernyataan Malaysia pada Sidang Kemuncak Keselamatan dan Jaminan Makanan Dunia 2009 di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun reformasi dalam FAO sudah bermula, ia terlalu perlahan dan tidak menampakkan banyak kejayaan sehingga menyebabkan masih banyak negara miskin merana dalam usaha mereka menghadapi kekurangan makanan dan kebuluran.

"Statistik menunjukkan 70 peratus kebuluran berlaku di negara miskin yang bergantung sepenuhnya kepada pertanian. Justeru, FAO mempunyai tanggungjawab besar memastikan pendapatan keluarga yang bergantung sepenuhnya kepada pertanian memperoleh pendapatan sewajarnya, sekali gus membebaskan mereka daripada kebuluran," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata negara miskin yang tidak mampu menyediakan dana untuk melabur meningkatkan sektor pertanian sebagai langkah jangka panjang perlu dibantu supaya mereka dapat menambah pengeluaran makanan dan pendapatan rakyat.

Justeru, katanya, institusi kewangan antarabangsa perlu menyediakan dana yang lebih besar dalam usaha mengukuhkan pelaburan sektor pertanian di negara miskin dan negara membangun sebagai langkah jangka panjang menangani isu jaminan makanan.

"Malaysia mengalu-alukan Kenyataan Bersama Jaminan Makanan Global L'Aquila G-8, Julai lalu untuk mengagihkan US$20 bilion (RM70 bilion) bagi membolehkan pekebun kecil meningkatkan pengeluaran makanan, namun janji itu perlu ditunaikan segera.

"FAO perlu memastikan dunia, khususnya negara yang kaya dengan pengetahuan bersedia untuk berkongsi teknologi dan kepakaran teknikal bagi membantu negara miskin meningkatkan hasil," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, bagi meningkatkan pengeluaran, petani perlu mendapat input berkualiti dan untuk menangani isu itu, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi G-8 yang dipengerusikan Malaysia sudah mengadakan mesyuarat pertama pada Januari lalu dan menghasilkan Inisiatif Kuala Lumpur.
  Topic: pix:flashback fesyen Hari Raya 1989
ipus

Replies: 0
Views: 213

PostForum: Gossip Artis Malaysia   Posted: Wed Nov 18, 2009 10:07 am   Subject: pix:flashback fesyen Hari Raya 1989


Quote:
Pada bulan Mei 1989, artis-artis seperti Ramlah Ram, Awie, Wann, Edika dan Salwa (kini bergelar Datuk) telah menggayakan pakaian fesyen Raya ketika itu.

Kurus juga ya Ramlah Ram ketika itu, masih tidak nampak lagi kemontokkan nyum nyumnya seperti sekarang. Haha! Wow! Awie bersongkok sambil berambut panjang?! Pastinya ketika itu masih lagi mengikuti trend. Edika Yusof yang ketika itu mantap bergaya, biasalah asalnya seorang model sebelum ke dunia filem (lihat wajahnya sekarang, dah botak tapi masih hensem). Wann, dulunya seksi & cantik. Kemana agaknya dia sekarang, ya? Salwa pula, Opss!! Datuk Salwa lah! You taktau ke I dah bergelar Datuk? I`m sorry Datuk! Lihat pada gambar kedua.. Tak banyak beza dengan sekarang, cuma sekarang kedutan di muka dan badan dah lebih banyak. Hahaha!


pic erika yusof



krdt to: mediamalaya
 
Page 1 of 128 Goto page : 1, 2, 3 ... 126, 127, 128  Next

Jiwang! Forum Index Top Scroll Up    
Best Viewed With IE6+ & Mozilla (1024 x 768) [ Jiwang Network ]