Tak pernah ku sangka Tak pernah ku duga
Kita kan berjumpa Dan telah bersama
Disiang malam aku Memikirkan kamu
Siang malam kamu Terfikirkan aku
Kita menyatu…
Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.
Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali…
Cobalah tetap bertahan Untukku
Dan coba terus bertahan menantiku
Sampai hari nanti sampai ku kembali
Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.
Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali…
Cobalah tetap bertahan
Dan coba terus bertahan
Sampai hari nanti sampai ku kembali
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
Off-Topic:
Say Thanks or give +reputation if u like this post
setelah sekian lame cikgu LP menyepikan diri... cikgu LP bg specialnye utk korang sume, Lagu ni LP penah nyanyi time Konsert Rock AM Ring 2004 tapi kali ni cikgu LP bg studio versionnye. x de jual kat pasar malam mau pun apek jual cd cetak rompak yg jual kat kaki lima.. :
kalo aku, akad nikah malam, pastu pagi esk wat kenduri kawen.. xde sanding.. just majlis kesyukuran je.. pada pendapat aku le, kawan2 atau tetamu dtg bkn nak tgk sgt kita sanding atas pelamin tu.. tp lebih kepada bertanya kabar atau beramah mesra.. ye la.. bila lagi nak jumpa kawan2 kalo bkn pada majlis kawen.. sebaik2 nya kita join sekali ngn tetamu yg dtg dari jauh dan dekat tu untuk sama2 bertanya kabar dan beramah mesra dari awal majlis smpai abis majlis.. tu pendapat aku..
utk pendapat aku plak, duit hantaran tu bergantung pd thp pendidikan@pekerjaan si lelaki..bkn pompuan
kalau blaja bagus, keje xbrpe bagus, cmna nk bg hantaran tinggi?
kalau blaja xbagus, tp kerja tiptop, bley la consider
pendek kata, bergantung dgn kemampuan masing2..kawtim dgn pihak pompuan
mmgla skg ni sume perlu kn duit, tp berpada2 la..klu dh xmampu, ala kadar cukup
jnji dua2 blah pihak setuju
Fuyoh...mmg bagus, so fliq leh dtg risik x? hehehehe....
Zaman skrang adat lebih diutamakan daripada agama. Dlm islam:
1. Wang hantaran xder, Duit nikah wajib. Kalau selangor RM88 jer.
2. Bernikah kat umah xpakai tudung, sama gak masa sanding xpakai tudung, tp agama menekankan ttg pemakaian tudung.
3. Sanding diutamakan tetapi dlm islam nikah tu laa yg diutamakan, sanding lebih kepada adat dimana tanpa sanding dah nikah pun dah menyempurnakan rukun islam. Biler tanya buat aper nk bersanding, org tua tua kata nk menghebohkan kat seluruh kampung, bini org pun nk kasi heboh ker kat sume org ngan pakaian yg seksi????. Org tua kata, biar laa puteri sehari...skrang biler berhujah pasal islam, org tua tua lak naik angin...hmm pelik tul..
3 perkara diatas lebih kepada adat dan 3 perkara diatas laa yg lebih membebankan kaum adam sbb adat berubah agama tetap sama.
Dibwah nie adelah sebahagian risalah tuk tatapan dan ikutan anda:
Quote:
Ustaz Syed Salim bin Syed hussin dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berkata demi meraikan adat, Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan beberapa syarat iaitu hendaklah disandingkan secara tertutup di hadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat sahaja. Walau bagaimanapun, jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan atau untuk mengisytiharkan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin atau para jemputan mestilah menutup aurat serta tidak berhias dengan keterlaluan kecuali perhiasan yang biasa dilihat.Terdapat beberapa upacara tertentu yang menimbulkan sedikit kontroversi dalam adat persandingan ini. Antara upacara tersebut ialah upacara menabur beras kunyit, membaca jampi mentera, berandam, berhias untuk dipamerkan (tabarruj), mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran, menjadikan wang atau hadiah sebagai suatu kemestian, mas kahwin dan hantaran yang mahal, dan lain-lain lagi. Upacara-upacara yang sedemikian rupalah yang menyebabkan adat persandingan masyarakat Melayu ini dikaitkan dengan isu khurafat, tahyul serta pembaziran. Oleh itu, upacara persandingan dalam masyarakat Melayu perlu dijalankan berlandaskan lunas-lunas Islam agar ia tidak membawa kepada kemurkaan Allah. Islam bukanlah seperti pendapat yang dilahirkanan oleh Niccolo Macmeivili yang mengatakan konsep “niat menghalalkan cara”. Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.
“Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram” menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu’asirat dan Halal & Haram fil Islam, halaman 36.
Selain dari itu, upacara perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu melibatkan perbelanjaan yang banyak dan besar. Situasi ini sememangnya mendorong kepada gejala pembaziran dalam masyarakat. Menurut Asma Farhana binti Anuar pelajar tahun akhir jurusan Usuluddin Universiti Malaya (UM) kebanyakan orang Melayu menganggap upacara walimah perlu dianjurkan secara besar-besaran kerana upacara ini hanya dilangsungkan sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, perkara ini pada pandangan mereka tidak salah walaupun ia melibatkan isu pembaziran. Gejala ini dari perspektif Islam sememangnya tidak dianjurkan. Hal ini kerana, selain mewujudkan gejala pembaziran, gejala ini juga mampu memberikan pelbagai implikasi yang negatif dalam kehidupan masyarakat. Contohnya sifat riak dan takbur mungkin akan berleluasa dalam diri masyarakat. Pepatah Melayu yang berbunyi “biar papa asal bergaya” sememangnya tidak sesuai dijadikan pendirian dalam kehidupan kita. Islam merupakan agama yang mudah dan senang. Membicarakan isu walimah daripada konteks Islam adalah mudah. Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat difahami berdasarkan hadis yang berbunyi : “Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam)” (Hadis Riwayat Bukhari)Berdasarkan hadis ini, walimah daripada konteks Islam tidaklah memberati para penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimah berdasarkan kemampuan. Walaubagaimanapun, Islam begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat Al-Quran:“Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(pemboros) dengan melampau (Surah Al-Isra:26)
Di samping itu, perbuatan andaman yang berbentuk “li tadlis” mengabui atau merubah kecantikan yang sebenar juga dilarang sama sekali dalam Islam malah ianya adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas’ud:
“Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.”
Menurut Abu Thohib bin Ahmat 70 tahun, amalan andaman yang mengarut dan salah disisi syariat islam seperti menepung tawar dengan tujuan memelihara pasangan pengantin daripada gangguan mahkluk halus, bercukur yang melibatan percukuran bulu pada bahagian anak rambut, muka, leher dan tangan dengan tujuan untuk menaikkan seri muka, melangir iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan yang dicukur dan bermandi bunga dan limau dengan harapan untuk membuang sial tidak lagi diamalkan sekarang. Walau bagaimanapun akhir-akhir ini telah timbul satu fomonena baru dimana juru andam atau lebih dikenali sebagai mak andam yang terdiri dari kaum lelaki lembut atau lebih glamour dipangggil ‘mak nyah’. Hal ini jelas bertentangan dengan syariat Islam kerana aurat perempuan tidak boleh dipertontonkan kepada orang yang bukan muhrim.
Berinai adalah salah satu amalan semasa perkahwinan. Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra :
”Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan (an-Nasa’iy 5092)
Haji Mohd Yusof Abdul Ghani, Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Pahang berkata ” memakai inai tidak salah selagi ianya tidak dipakai untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah “. Walau bagaimanapun berinai dengan daun inai atau sebagainya, pada dua tangan dan kaki, bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram. Di antara dalil yang mengharamkan lelaki berinai ialah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:
“Daripada Anas dia berkata: “Bahawa Nabi saw melarang kaum lelaki memakai za’faran (kuma-kuma).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Za’faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum. Dilarang memakai za’faran (kuma-kuma) bagi lelaki adalah kerana warnanya bukan baunya, kerana memakai benda yang harum bagi lelaki adalah disunatkan. Daun inai itu sama seperti za’faran dari segi mengeluarkan warna dan bau. Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam islam dibolehkan berdasarkan hadis:
”Dalam riwayat al-Bukhari daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan.
Dalam hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda:
” Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.”
Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Dewasa ini, ramai juga yang mengundang kugiran atau deejay untuk tujuan hiburan, seringkali hiburan itu berlebihan dan sampai kepada peringkat melampau, bahkan yang lebih buruk lagi kadangkala terdapat juga yang menganjurkan joget lambak dan ada pula yang mengundang “mak nyah”! Hal ini jelas tidak sesuai dan haram.
Maka dengan itu, tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam, namun pelaksanaannya sahaja yang perlu berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan Islam.
Jelaslah, Islam bukan sesuatu agama yang memberati para penganutnya dalam melayari arus kehidupan di dunia ini. Islam secara mudahnya merupakan agama yang diwahyukan untuk semua jenis manusia yang terdapat di atas muka bumi ini. Justeru itu, Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman 13 dan 15 tahun terhadap tiga tertuduh selepas mereka mengaku salah terhadap tuduhan pilihan sebabkan kematian seorang buruh, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Su Geok Yiam, menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun kepada buruh pasar borong, Padali Sitia, 25, dan masing-masing 15 tahun kepada penjual besi buruk, N Veloo, 50, dan pemandu lori, B Kaliyappan, 31, selepas mereka mengaku salah menyebabkan kematian V Baskaran, 43, pada 26 November 2006.
Su mengarahkan ketiga-tiga tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditahan. Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu antara jam 8.30 malam dan 9.30 malam pada 26 November 2006 di depan kedai bahan logam, di Lot 16, Jalan 1, Selayang Baru, Batu Caves.
Padali ditahan pada 27 November 2006, manakala Veloo dan Kaliyappan pada 4 Disember 2006 dan 8 Januari 2007.
Su dalam penghakimannya, berkata hukuman mengikut Seksyen 304 (a), hukuman maksimum yang diperuntukkan sebelum ini adalah penjara sehingga 20 tahun.
Bagaimanapun, pada 6 Mac 2007, pindaan dibuat terhadap seksyen undang-undang itu dan memperuntukkan dipenjara sehingga 30 tahun.
“Jika mereka melakukan kesalahan itu pada atau selepas 6 Mac 2007, hukuman maksimum penjara sehingga 30 tahun. Pertuduhan asal yang dikenakan terhadap mereka pula hanya membawa satu hukuman iaitu hukuman mati mandatori,” katanya.
Tujuh saksi memberi keterangan termasuk dua saksi yang melihat kejadian itu.
Katanya, walaupun peguam bela tertuduh berkata, itu kesalahan pertama, mahkamah tidak mengambil kira ia sebagai faktor mitigasi berikutan kesalahan itu serius membabitkan kehilangan nyawa.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran kemungkinan banjir berlaku di kawasan rendah berdekatan sungai di Kelantan, Terengganu dan Pahang berikutan hujan sekejap-sekejap yang kadangkala lebat sejak kelmarin yang dijangka berlarutan sehingga esok.
Jabatan dalam kenyataannya semalam, berkata hujan lebat peringkat kuning iaitu kemungkinan berlaku hujan monsun dalam tempoh 24 hingga 48 jam ini.
Keadaan itu dijangka berlaku di Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; serta Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran di Pahang.
Keadaan sama turut diramalkan di Perak Utara iaitu di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Kerian serta Kedah mulai malam tadi sehingga esok.
Hujan lebat peringkat kuning juga dijangka melanda Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kudat, Kota Merudu dan Pitas di Sabah mulai semalam hingga hari ini.
Jabatan itu turut meramalkan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku di kawasan Condore, Samui (Kelantan dan Terengganu) Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Utara Sabah mulai semalam hingga Ahad dan berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. � Bernama
Pada bulan Mei 1989, artis-artis seperti Ramlah Ram, Awie, Wann, Edika dan Salwa (kini bergelar Datuk) telah menggayakan pakaian fesyen Raya ketika itu.
Kurus juga ya Ramlah Ram ketika itu, masih tidak nampak lagi kemontokkan nyum nyumnya seperti sekarang. Haha! Wow! Awie bersongkok sambil berambut panjang?! Pastinya ketika itu masih lagi mengikuti trend. Edika Yusof yang ketika itu mantap bergaya, biasalah asalnya seorang model sebelum ke dunia filem (lihat wajahnya sekarang, dah botak tapi masih hensem). Wann, dulunya seksi & cantik. Kemana agaknya dia sekarang, ya? Salwa pula, Opss!! Datuk Salwa lah! You taktau ke I dah bergelar Datuk? I`m sorry Datuk! Lihat pada gambar kedua.. Tak banyak beza dengan sekarang, cuma sekarang kedutan di muka dan badan dah lebih banyak. Hahaha!
PETALING JAYA: Polis yakin berjaya menumpaskan sindiket curi kereta antara terbesar di Malaysia selepas menahan ketua Geng Connect dikenali sebagai Hassan Budu atau Hassan Padang Luas di sebuah rumah di Kampung Baru Subang di sini, semalam.
Hassan Budu, 36, berasal dari Kampung Padang Luas, Jerteh, Terengganu ditahan bersama tiga rakannya kira-kira jam 7 malam kelmarin, oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hasil maklumat awam.
Difahamkan, ketika serbuan anggota polis mengetuk pintu rumah dan dibuka seorang lelaki dipercayai pemilik rumah sebelum menemui tiga lelaki di dalam rumah itu.
Polis meminta pengenalan diri mereka dan mendapati salah seorang daripadanya adalah Hassan Budu iaitu suspek paling dikehendaki polis kerana dipercayai adalah ketua kumpulan Geng Connect, iaitu sindiket curi kereta yang aktif di Pahang, Terengganu, Perak, Selangor dan Kelantan.
Sindiket itu bergiat aktif sejak dua tahun lalu dengan menjadikan kereta keluaran tempatan sebagai sasaran mereka.
Dua minggu lalu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang menubuhkan skuad khas selain bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk memburu Hassan Budu apabila dia berjaya meloloskan diri daripada kepungan mereka dengan berbalas tembak dekat sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan, Kemaman, Terengganu.
Malah, suspek yang kudung tangannya juga bertindak menabur paku di atas jalan untuk melarikan diri dengan meredah anak sungai tanpa menghiraukan amaran polis supaya menyerah diri selepas terperangkap di jalan mati berhampiran anak sungai itu walaupun mengalami kecederaan dibahu akibat terkena tembakan.
Sebelum itu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPPK) berjaya menahan tujuh anggota geng itu berusia 34 hingga 49 tahun dalam beberapa serbuan yang dilakukan sepanjang Ops Lejang sejak Januari lalu.
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Nasional/20091117003131/mainpix PELAJAR Tingkatan Lima SMK Alor Pongsu menaiki bas untuk dipindahkan ke Sekolah Menengah Teknik Kerian bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia selepas sekolah ditenggelami air, semalam.
PENDANG: Seorang mualaf berusia 60-an menjadi mangsa pertama banjir di negeri ini selepas ditemui lemas di Sungai Kampung Alor Mengkuang, Bukit Raya, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu, cuba melalui jalan mini tar yang dinaiki air sedalam 0.5 meter dengan menunggang motosikal sebelum terbabas ke dalam sungai berkenaan.
Saksi, Zahari Zakaria, 49, berkata dia nampak lelaki itu meredah banjir dan sempat menjerit meminta dia tidak melalui kawasan itu, tetapi mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya ketika melalui jalan berhampiran sungai itu.