Reputation: 3
Gender: Zodiac: Chinese zodiac: Joined: 02 Apr 2007 Posts: 790 Location: kutub utara
YIM:
Medals: None
Post: #61Posted: Fri May 23, 2008 12:28 am Post subject: RE: Share Petua atau Tips Kesihatan & Kecantikan..No Req Description: :: Download Post :: Text
:: View Single Post
DISENGAT LEBAH
INI petua mudah apabila anda kena sengat lebah. Ambil beberapa biji asam jawa dan belah dua. Tekapkan bahagian yang terbelah pada tempat yang kena sengat itu dan biarkan beberapa ketika hingga hilang rasa sakit. Petua ini bukan sahaja menghilanhkan rasa sakit tetapi juga mengelakkan tempat sengatan itu membengkak. Insya-Allah anda akan melihat hasilnya.
Reputation: 3
Gender: Zodiac: Chinese zodiac: Joined: 02 Apr 2007 Posts: 790 Location: kutub utara
YIM:
Medals: None
Post: #62Posted: Fri May 23, 2008 12:35 am Post subject: RE: Share Petua atau Tips Kesihatan & Kecantikan..No Req Description: :: Download Post :: Text
:: View Single Post
HAPUS KELEMUMUR DENGAN CEPAT
AMBIL beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-ngurut bahagian kulit kepala. Amalkan seminggu dua kali sebelum mandi. Insya-Allah masalah kulit kepala berkelemumur dan sering gatal akan segera hilang.
Reputation: 3
Gender: Zodiac: Chinese zodiac: Joined: 02 Apr 2007 Posts: 790 Location: kutub utara
YIM:
Medals: None
Post: #63Posted: Fri May 23, 2008 12:45 am Post subject: RE: Share Petua atau Tips Kesihatan & Kecantikan..No Req Description: :: Download Post :: Text
:: View Single Post
ATASI BAU MULUT
MULUT berbau disebabkan oleh bakteria di dalam mulut atau perut yang dibiarkan kosong dalam masa yang agak lama. Terdapat beberapa petua untuk menghilangkan bau mulut iaitu:
1. Ambil 10 kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih lalu ditumbuk lumat. Gosokkan ia pada gigi, kemudian berkumur sehingga bersih. Lakukan 3 hari sekali. Anda akan dapati mulut anda berbau harum.
2. Bancuh sedikit asam jawa bersama gula merah dan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin. Hasilnya pasti memuaskan.
Reputation: 3
Gender: Zodiac: Chinese zodiac: Joined: 02 Apr 2007 Posts: 790 Location: kutub utara
YIM:
Medals: None
Post: #64Posted: Fri May 23, 2008 12:52 am Post subject: RE: Share Petua atau Tips Kesihatan & Kecantikan..No Req Description: :: Download Post :: Text
:: View Single Post
JIKA TERKENA MINYAK PANAS
KADANGKALA perkara ini berlaku dengan pantas dan anda juga perlu bertindak dengan pantas bagi mengurangkan rasa skit dan kulit tidak melecur. Bagi kaedah yang mudah dan cepat untuk mengurangkan kesakitan apabila terkena minyak panas ialah ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yang terkena minyak atau air panas.
Bagi yang beragama Islam, seelok-eloknya berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak tiga kali. Biarkan kicap kering. Insya-Allah kulit akan segera menjadi sejuk semula.
Reputation: 3
Gender: Zodiac: Chinese zodiac: Joined: 02 Apr 2007 Posts: 790 Location: kutub utara
YIM:
Medals: None
Post: #65Posted: Fri May 23, 2008 12:59 am Post subject: RE: Share Petua atau Tips Kesihatan & Kecantikan..No Req Description: :: Download Post :: Text
:: View Single Post
KAKI MELECET
SERING kali apabila memakai kasut baru, kaki anda akan melecet. Untuk mengatasinya, cuba petua ini. Ambil minyak masak, sapukan di sekeliling kaki sebelum memakai kasut. Lakukan dua kali sehari. Insya-Allah kaki anda tidak akan melecet lagi.
Reputation: 3
Gender: Zodiac: Chinese zodiac: Joined: 02 Apr 2007 Posts: 790 Location: kutub utara
YIM:
Medals: None
Post: #66Posted: Fri May 23, 2008 1:04 am Post subject: RE: Share Petua atau Tips Kesihatan & Kecantikan..No Req Description: :: Download Post :: Text
:: View Single Post
MEMANJANGKAN RAMBUT
SEKIRANYA anda ingin rambut cepat panjang, amalkanlah membasuh rambut setiap pagi dan dua kali seminggu,basuhlah rambut anda dengan air yang diramas dengan daun rambutan atau daun bunga raya. Cara ini bukan sahaja boleh memanjangkan rambut dengan cepat tetapi rambut juga akan menjadi bertambah hitam, lebat dan berseri-seri.
Reputation: 3
Gender: Zodiac: Chinese zodiac: Joined: 02 Apr 2007 Posts: 790 Location: kutub utara
YIM:
Medals: None
Post: #67Posted: Fri May 23, 2008 1:23 am Post subject: RE: Share Petua atau Tips Kesihatan & Kecantikan..No Req Description: :: Download Post :: Text
:: View Single Post
ATASI GATAL DAN KEPUTIHAN
SESETENGAH wanita mengalami masalah keputihan dan gatal-gatal pada kemaluan. Bagi wanita yang mengalami masalah tersebut boleh mencuba petua-petua berikut:
1. Ramas beberapa helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan air itu untuk menbasuh kemaluan anda, dimulakan dengan selawat bagi yang beragama Islam. Amlkan setiap pagi dan malam sebelum tidur. Selain menghilangkan gatal dan bau, ia juga berupaya merapatkan kembali bahagiam sulit, khususnya bagi wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak.
2. Sekiranya petua daun sirih juga tidak dapat membantu, ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih. Rebus di dalam periuk. Selepas mendidih, angkat serta bubuhkan sedikit garam. Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang masih suam. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah masalah keputihan dan gatal-gatal akan hilang.
Last edited by no_need on Fri May 23, 2008 1:34 am; edited 1 time in total
Reputation: 3
Gender: Zodiac: Chinese zodiac: Joined: 02 Apr 2007 Posts: 790 Location: kutub utara
YIM:
Medals: None
Post: #68Posted: Fri May 23, 2008 1:33 am Post subject: RE: Share Petua atau Tips Kesihatan & Kecantikan..No Req Description: :: Download Post :: Text
:: View Single Post
PULIHKAN BENGKAK TERSELIUH
BAHAGIAN anggota tubuh yang terseliuh akan membengkak dan menyebabkan rasa sakit yang amat sangat. Untuk mengurangkan kesan bengkak dan kesakitan sebelum berjumpa dengan doktor, ambil lebih kurang segenggam asam jawa dan kapur. Ramas kedua-dua bahan ini dengan hanya mengunakan air. Kemudian sapukan pada bahagian yang terseliuh dengan banyaknya. Kesannya, bengkak akan surut dan rasa sakit akan berkurangan.
Reputation: 3
Gender: Zodiac: Chinese zodiac: Joined: 02 Apr 2007 Posts: 790 Location: kutub utara
YIM:
Medals: None
Post: #69Posted: Fri May 23, 2008 1:58 am Post subject: RE: Share Petua atau Tips Kesihatan & Kecantikan..No Req Description: :: Download Post :: Text
:: View Single Post
JANTUNG SIHAT
MEREKA yang mempunyai masalah sistem penghadaman eloklah mengamalkan memakan buah delima. Makanlah buah delima bersam-sama empulurnya kerana ia melawaskan buang air besar. Delima juga berkhasiat dimakan untuk menggiatkan degupan jantung. Buah delima pula dikatakan mengemaskan benang jantung dan mencerdaskan fikiran.