paihchenko
Subject: [Tempatan] Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat - kesinabungan kisah lepas
masih ingtkah korg ttg kisah pensyarah yg bergaji RM 5K xmampu nk sara ibubapa diorg??

haha..nih dia keputusan mahkamah

Quote:
Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my


KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.

Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.

Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

freakapunk_kid88
Subject: RE: [Tempatan] Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat -
pehh...de kes seh cm ni.. bgus gak..
nti kalo ak tua..n ank2 ak abai kt ak, ak bwk kt court..
huhu~

pInkbEan
Subject: RE: [Tempatan] Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat -
menci sgguh aku klu baca cter2 camni..ade jgak anak2 yg xde hti perut camtu..
sggup usir mak bapak lepas dpat ape yg nak..klu harta nak la plak..
mak bapak xleh plak nak jge..mmg shial gler dpat anak camnih..
klu dri kecik tau prngai camnih..baik tanam je idup2..:marah:
padan muka kna hukuman camtuh wlupn bg aku dorg ptut kna lg berat..
mntak2 aku djauhkan dr prngai camnih.. :noway:

mrxkane
Subject: RE: [Tempatan] Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat -
apa la anak dia ni....gaji rm 5k pun tak dpt sara mak bapa ka? harap ja sekolah tinggi samapi Phd. mungkin Phd lain kot dia dpt...hahah



(Phd=Perasaan Hasad Dengki).... :haha3:

Profile PM YIM:YIM
vstructbezict
Subject: RE: [Tempatan] Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat -
hmm kes ni patutnya jadi sebagai iktibar pada golongan muda zmn skg...psl harta sanggup taknak ngaku mak bapak. ada pulak yg tegamak halau mak bapak sndiri...isk3 ape lah..
ntah2 dulu2 die tak igt makbapak die sanggup sengkang mata jaga die,ntah2 sanggup berlapar nk beli susu tepung buat anak derhaka die tu..
patutnya hukuman lg berat kene jatuhkan kt anak die tu.. :carut:
ni lah tanda2 akhir zaman..


Page 1 of 1


Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
You cannot attach files in this forum
You cannot download files in this forum