Wanita lahirkan bayi lelaki dalam pesawat Airasia
beritaharian.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.
Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya.
Pembantu Khas Pengerusi AirAsia, Edd Razhe, berkata wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada jam 7.05 malam.
Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang.
"Sebaik mendarat, ambulans yang telah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.
Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini.
"AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya. - Bernama
Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.
wah..apalagi ibu2 sarat mengandung sekalian, mari ramai2 serbu airasia. mana tau dapat penerbangan percuma seumur hidup...
p/s: semua destinasi percuma tu...sarapan kat London, lunch kat Paris, dinner kat Los Angeles hehehe
Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.
apa jasa liew ngan anak dia tu????
mengglamourkan nama Air Asia ??????????????????????
kalau macam ni mesti ramai ibu yg tunggu mase nak bersalin naik air asia...
hahaha..ko gile...haha..bankrup r weh tony pernandes...sumer ibu2 yg berjaya bersalin tuntut claim..wakaka..
tp keadaan bersalin dalam flight yg sedang terbang sngt2 bahaya kepada kedua anak dan ibu..
sbb keadaan udara yg nipis, disamping kekurangan peralatan dan jugak paket darah.,.tu kire nasib bek ah, mendarat je trus g spital..

amik kira juga tekanan angin semasa pesawat terbang dan mendarat... kalau keguguran, sia2 jer...
sanggup risk kan nyawa & anak sendiri semata2 nak dapat nek flight percuma....
kes ni mungkin la one in a million.... cam paih kata, rezeki dia kan....
hahaha..ko gile...haha..bankrup r weh tony pernandes...sumer ibu2 yg berjaya bersalin tuntut claim..wakaka..
tp keadaan bersalin dalam flight yg sedang terbang sngt2 bahaya kepada kedua anak dan ibu..
sbb keadaan udara yg nipis, disamping kekurangan peralatan dan jugak paket darah.,.tu kire nasib bek ah, mendarat je trus g spital..
aku x penah lg naek kapal terebang nih...
next week 1st time br nak naek...
keskeskes...
setau aku la kan...
org yg sarat ngandung mane leh naek flight...
so kes mcm nie jarang sgt jadik rasenye...
yang peliknya...sebelum nak tempah tiket airasia tu,diaorg akan check samaada korang mengandung atau tak. kalau mengandung gerenti2 tak dapat naik flight. sepatutnya air asia patut saman perempuan tu,tp yang peliknya diberi penghargaan pulak.
aku setuju dengan pendapat paihchenko dengan wizard320. disebabkan merbahaya ini lah, sebab ibu mengandung tak boleh naik flight. Patut air asia bagi saman kerana menyembunyi kandungannya dan membahayakan diri sendiri dan anak yang dibawanya
Perkara 7
Enggan dan Had Mengangkut
7.1 Hak untuk enggan mengangkut: Kami boleh menolak permintaan anda untuk membawa anda atau bagasi anda atas alasan keselamatan atau jika kami, dalam menjalankan budi bicara kami secara yang munasabahnya, menentukan bahawa:
* tindakan yang sedemikian adalah perlu atas alasan keselamatan;
* tindakan yang sedemikian adalah perlu demi mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan atau perintah yang terpakai bagi mana-mana negeri atau negara yang darinya anda akan diterbangkan, yang ke negeri/negara itu anda akan diterbangkan, atau yang melalui ruang udaranya anda melintas terbang;
* kelakuan/tindak-tanduk, status, umur atau keadaan mental atau keadaan fizikal anda atau keadaan fizikal bagasi anda itu sedemikian rupa hinggakan ia : (i) perlu kepada bantuan khusus atau (ii) mendatangkan bahaya, ketidakselesaan atau membuatkan anda tidak disenangi oleh penumpang lain atau oleh krew/anak kapal kami atau (iii) membabitkan sesuatu yang berbahaya atau yang mendatangkan risiko kepada diri anda atau kepada orang lain atau kepada harta;
* anda telah melakukan salah laku sewaktu penerbangan yang lepas dan salah laku tersebut mungkin akan berulang;
* anda tidak mematuhi atau gagal mematuhi arahan kami;
* anda enggan mematuhi pemeriksaan keselamatan;
* bayaran atau caj lain yang dikenakan pada anda tidak dijelaskan;
* pembayaran tambang anda merupakan suatu penipuan;
* anda tidak mempunyai dokumen yang lengkap untuk meneruskan perjalanan;
* Tempahan Tempat Duduk anda telah dibuat secara menipu atau tidak mengikut undang-undang atau telah dibeli daripada orang yang tidak diberi kuasa oleh kami;
* kad kredit yang anda gunakan bagi tujuan membayar tambang telah dilaporkan hilang atau dicuri;
* Jadual Perjalanan atau tempahan atau Tiket Elektronik anda itu palsu atau diperoleh secara tipuan;
* Jadual Perjalanan telah diubah oleh pihak selain kami atau selain ejen berdaftar kami, atau telah rosak (dalam kes sedemikian kami berhak untuk mengambil semula dokumen tersebut); dan/atau
* orang yang mendaftar masuk atau menaiki pesawat itu gagal membuktikan bahawa dia merupakan penumpang yang namanya tertera di dalam Jadual Perjalanan (dan dalam keadaan sedemikian, kami berhak untuk mengambil Jadual Perjalanan yang berkenaan).
7.2 Kanak-kanak Yang Tidak Berteman: Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak akan diterima untuk dibawa melainkan mereka ditemani oleh orang dewasa yang berumur lebih daripada 18 tahun.
7.3 Penumpang kurang upaya/ dalam rawatan perubatan:
Demi tujuan keselamatan, setiap penerbangan AirAsia hanya boleh mengangkut seramai 4 penumpang kurang upaya, yang mana 2 daripadanya direzab untuk penumpang yang tidak berupaya untuk bergerak. Dalam keadaan tertentu kami memerlukan penumpang tersebut untuk terbang bersama seorang teman. Sila rujuk 7.3.1 Terbang bersama seorang teman
Penumpang yang berpenyakit atau dalam rawatan perubatan perlu mengemukakan sijil perubatan semasa mendaftar masuk untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk terbang. Demi keselamatan penumpang lain kami memelihara hak untuk menolak penumpang yang berpenyakit berjangkit atau kronik dari menaiki pesawat.
Penumpang yang memerlukan bantuan khas dan penumpang berpenyakit diminta untuk menghubungi pusat panggilan kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan yang dijadualkan untuk membuat pengaturan untuk jenis bantuan khas yang diperlukan. Kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan perkhidmatan tersebut tidak tersedia semasa ketibaan anda di lapangan terbang dan anda ditolak dari menaiki pesawat. Atas sebab keperluan kesihatan dan keselamatan, penumpang dengan bantuan khas perlu mendaftar masuk di lapangan terbang.
7.3.1 Terbang bersama seorang teman: Kami memerlukan anda untuk terbang bersama seorang teman jika ia diperlukan untuk tujuan keselamatan atau anda tidak berupaya untuk membantu diri dalam melarikan diri dari pesawat atau anda tidak berupaya memahami arahan keselamatan.
7.3.2 Tempat duduk: : Kami akan mengatur tempat duduk yang sesuai untuk menempatkan penumpang dengan permintaan tertentu bersesuaian dengan undang-undang yang berkenaan. Kami memelihara hak untuk mengatur semula tempat duduk pada bila-bila masa, termasuk selepas menaiki pesawat. Ia mungkin diperlukan untuk tujuan operasi, keselamatan, peraturan kerajaan, kesihatan atau sekuriti.
7.4 Penumpang Hamil: Adalah menjadi tanggungjawab penumpang yang hamil untuk memberitahu kami tahap kehamilan mereka semasa menempah tempat duduk dan semasa berada di kaunter daftar-masuk. Pengangkutan bagi penumpang hamil adalah tertakluk kepada keadaan berikut:
* Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): kami akan menerima tanpa perlu ada perakuan doktor tertakluk bahawa penumpang telah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.
* (b) Kehamilan antara 28 hingga 34 minggu (termasuk): penumpang perlu mengemukakan sijil perakuan doktor menyatakan jumlah minggu kehamilan yang mengesahkan bahawa penumpang tersebut sihat untuk meneruskan perjalanan yang mana surat perakuan tersebut mesti dikeluarkan tidak lebih daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh penerbangan yang dijadualkan. Penumpang tersebut juga dikehendaki menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.
* Kehamilan 35 minggu ke atas: kami akan menolak permintaan untuk membawa penumpang tersebut.
7.5 Bayi Berusia Kurang Daripada 8 Hari: Bayi Berusia Kurang Daripada 8 Hari: Kami berhak untuk tidak membawa bayi yang berusia kurang daripada lapan (8) hari. Kami boleh, atas budi bicara kami, membuat keputusan untuk membawa bayi tersebut di dalam pesawat kami jika bayi tersebut telah disanksi/disekat secara bertulis oleh pengamal perubatan dan apabila ibu bapa bayi tersebut menandatangani pernyataan pembatasan liabiliti.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.
paihchenko wrote:
7.4 Penumpang Hamil: Adalah menjadi tanggungjawab penumpang yang hamil untuk memberitahu kami tahap kehamilan mereka semasa menempah tempat duduk dan semasa berada di kaunter daftar-masuk. Pengangkutan bagi penumpang hamil adalah tertakluk kepada keadaan berikut:
* Kehamilan sehingga 27 minggu (termasuk): kami akan menerima tanpa perlu ada perakuan doktor tertakluk bahawa penumpang telah menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.
* (b) Kehamilan antara 28 hingga 34 minggu (termasuk): penumpang perlu mengemukakan sijil perakuan doktor menyatakan jumlah minggu kehamilan yang mengesahkan bahawa penumpang tersebut sihat untuk meneruskan perjalanan yang mana surat perakuan tersebut mesti dikeluarkan tidak lebih daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh penerbangan yang dijadualkan. Penumpang tersebut juga dikehendaki menandatangani Penyata Liabiliti Terhad.
* Kehamilan 35 minggu ke atas: kami akan menolak permintaan untuk membawa penumpang tersebut.
sebenrnya aku masih konpius, akan usia kandungan ibu terbabit..diharap sesapa yg lebih arif tampil...
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum You cannot attach files in this forum You cannot download files in this forum