Tip Dan Trik
Tue Jul 22, 2008 4:17 am
SISTEM Operasi Windows dan Apple membenarkan lebih dari satu skrin ke sesebuah komputer. Untuk komputer dari jenis desktop, Kad Grafik Video perlu ditambah untuk memberikan satu alat tambahan penyambungan ke skrin baru.
Bagaimanapun, tiada kad tambahan diperlukan untuk komputer dari jenis laptop.Apabila skrin tambahan digunakan pada komputer kita, langkah pengaktifan diperlukan untuk membolehkan skrin yang kedua digunakan. Untuk mengaktifkan skrin yang kedua, langkah yang berikut perlu dilakukan:
1. Pergi ke menu Start > Control Panel
2. Pilih perisian Display > Setttings
3. Klik di atas Skrin bernombor 2 dan pilih arahan Extend my Windows desktop onto this monitor
4. Butang Identify boleh ditekan untuk anda memastikan yang sambungan semua monitor adalah sempurna. Jika semuanya sempurna nombor 1 akan dipaparkan di skrin pertama dan no 2 akan dipaparkan di skrin kedua.
5. Secara automatik skrin kedua perlu diletakkan di sebelah kanan, jika skrin kedua perlu diletakkan di sebelah kiri maka klik di atas skrin nombor dua dan tolakkannya ke sebelah kiri.
Teknik ini juga boleh digunakan apabila membuat persembahan menggunakan Projektor, dengan teknik ini, aktiviti yang dilakukan di desktop tidak lagi akan dipancarkan di projektor.
Jangan lupa untuk mengikuti ruangan teknologi ini yang juga disiarkan melalui Klasik Nasional FM setiap hari bekerja jam 1.20 pagi, KLFM jam 8 pagi, KedahFM 7.45 pagi, MutiaraFM 8.30 setiap Ahad dan PerlisFM 8.30 pagi setiap Rabu. Rakaman siaran dan artikel yang lepas boleh diperoleh di azli.dapat.com
ciplak dari myMetro