amax's jBlog :: Makan ikan kurangkan risiko strok

amax's jBlog


Makan ikan kurangkan risiko strok

Wed Aug 06, 2008 10:58 am

[  Mood: Sleepy ]
[ Working Currently: Working  ]

NEW YORK 5 Ogos - Golongan dewasa yang kerap makan ikan didapati berisiko rendah berdepan masalah kerosakan otak yang boleh menyebab strok dan nyanyuk.

Kajian oleh penyelidik dari Finland itu bagaimanapun mendapati hidangan ikan berkenaan mestilah bukan ikan yang digoreng.

Kajian melibatkan 3,660 dewasa berusia 65 tahun ke atas itu mendapati, kawasan tisu yang mati akibat kekurangan bekalan darah apabila diimbas dengan mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) adalah rendah di kalangan mereka yang gemar makan ikan.

Kerosakan tisu ini disifatkan sebagai "senyap" kerana ia tidak menunjukkan simptom jelas dan hanya dapat dikesan melalui imbasan otak.

Bagaimanapun ia meningkatkan risiko jangka panjang seseorang untuk diserang strok atau nyanyuk.

Warga emas yang diberi makan tuna dan ikan lain yang dipanggang atau direbus sekurang-kurangnya tiga kali seminggu didapati 25 peratus lebih selamat daripada serangan strok atau nyanyuk berbanding mereka yang jarang berbuat demikian.

Diet ikan juga jarang mengalami kekurangan bekalan darah di kawasan kecil otak selama lima tahun.

Namun kebaikan itu tidak diperoleh daripada ikan yang digoreng.

Menurut Dr. Jyrki K. Virtanen dan penyelidik lain di Universiti Kuopio, walaupun kajian tersebut tidak menyatakan sumber yang memberi manfaat kepada otak, kemungkinan besar asid lemak omega-3 yang banyak terdapat dalam ikan memainkan peranan penting dalam hal ini.

Apabila penyelidik menganggarkan pengambilan dua asid lemak omega-3 iaitu EPA dan DHA, mereka mendapati terdapat kaitan antara kekerapan memakan ikan dengan merendahkan risiko kekurangan bekalan darah ke kawasan kecil otak.

- Reuters

The Trackback URL for this entry is:

http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/trackback.php?e=43

Author Message
There are no replies for this entry.
Display replies from:   
The jBlog v 0.2.4