NOKIA PC SUITE . Tutorial Bahagian 1
Published by: erryz
, On: Jun-02-2004
Nokia PC Suite ni ialah satu pakej
software untuk PC yang compatible dengan henpon Nokia kita. Secara ringkas, software ni ada banyak tools yang kita boleh
guna untuk manage henpon Nokia kita dengan cepat dan efektif melalui mana-mana PC yang compatible. Setiap model henpon
Nokia biasanya mempunyai versi PC Suite masing-masing.
Dengan PC Suite, contohnya, kita boleh transfer gambar
yang kita dah tangkap menggunakan henpon camera ke dalam sesebuah PC yang compatible. Kita boleh gak synchronize
contacts kita, kalendar dan notes di antara henpon kita dengan PC, serta manage browser bookmarks dan setting connection
kita.
Secara am, PC Suite terdiri daripada aplikasi yang berikut: · Nokia PC Sync · Nokia
Phone Browser · Nokia Content Copier · Nokia Phone Editor · Nokia Application Installer · Nokia Image Converter · Nokia Sound Converter · Nokia Multimedia Player · Nokia Connection
Manager · Nokia Settings Manager · Nokia Audio Manager · Nokia Modem Options
Cara
Install ke dalam PC Nokia PC Suite boleh didapati samada dari CD-ROM yang dibekalkan sekali dalam pakej
original henpon Nokia kita ataupun dengan cara download dari website Nokia: http://www.nokia.com/
Untuk menginstall PC Suite, kita cuma perlu run file setup.exe
untuk software ni.
Kalau kita nak guna cable, kita perlu connect henpon kita ke PC yang compatible dengan
menggunakan cable tersebut semasa proses installation ni.
Perhatian: Kalau kita nak guna cable
jenis DKU-2 USB, kita kena install driver untuk cable ni dulu sebelum kita install PC Suite. Driver ni boleh diperolehi
dari CD-ROM PC Suite tadi ataupun kita boleh download driver ni dari website Nokia.
Operating System yang
support Nokia PC Suite: Windows 98 Windows 98 Second Edition Windows 2000 Windows ME Windows XP (Professional dan Home edition)
Nokia PC Sync

Nokia PC Sync membolehkan kita untuk synchronize
contacts, kalendar dan to-do notes kita dengan mana-mana personal information manager PC kita, contohnya macam Microsoft
Outlook.
Nokia PC Sync juga membolehkan kita menyimpan information yang up-to-date di dalam kedua-dua henpon
dan PC kita. Software ni ada banyak synchronization options untuk kita gunakan mengikut kesesuaian kita.
Konfigurasi Setting Untuk Synchronization 1. Lepas habis install Nokia PC Suite tadi, run aplikasi
Nokia PC Sync. 2. Pilih aplikasi Personal Information Manager yang kita nak guna dari drop-down list, kemudian
klik Next. 3. Pada skrin What To Synchronize, pilih item yang kita nak synchronize (Kalendar, To-do, Contact
dan Notes). Klik Next bila kita dah ready. 4. Sekiranya lokasi data yang nak di synchronized tu berbeza dengan
lokasi defaultnya, pilih lokasi sebenarnya. Klik Next untuk step yang berikutnya. 5. Sekarang, tetapkan jarak
masa untuk synchronization kalendar dan to-do notes. Klik Next untuk step yang berikutnya. 6. Pilih detail
level untuk informasi contact yang akan di synchronized. Contohnya, kita mungkin cuma nak synchronize nama dan nombor
henpon contact kita saja dan bukannya informasi lain. Klik Next untuk step yang berikutnya. 7. Konfigurasi
basic untuk synchronizing dah selesai. Kalau nak set option ke advanced automatic synchronization (contohnya Conflict
Resolution), klik button Advanced. Kalau tak, klik Finish.
Selepas kita dah selesai dengan konfigurasi ni,
dan kita nak guna PC Sync, kita boleh launch program ni dari Start menu under Programs > PC Sync. Tak ada apa-apa kotak
dialog akan keluar bila aplikasi ni launch.
Kita juga boleh start PC Sync ni dari system tray dengan cara
right-click atas ikon PC Sync tadi. Kemudian pilih command yang kita nak guna dari menu. Sesetengah command yang biasa
adalah seperti berikut: · Synchronize begins the synchronization process. · Properties opens the
configuration window. · Enable on startup sets Nokia PC Sync to launch automatically every time you start your
computer.
Nokia Phone Browser

Nokia Phone Browser membenarkan kita untuk modify
files dalam memori henpon kita dan transfer files tersebut dari/ke henpon dan PC kita.
Lepas install Nokia
Phone Browser ni, contents dalam henpon kita boleh dilihat dengan cara double-clicking ikon My Computer.
Nokia Content Copier

Melalui Nokia Content Copier, kita boleh: · Copy data dari mana-mana henpon yang compatible ke
henpon Nokia kita. · Back-up data dalam henpon kita ke mana-mana PC yang compatible, kemudian restore balik
data tadi ke dalam henpon kita. · Padam data dalam henpon kita.
Antara data yang kita boleh copy
melalui Nokia Content Copier: · Contacts (termasuk nombor dan informasi teks). · Kalendar dan notesnya
sekali. · Senarai notes to-do. · Mesej (SMS, MMS) · Log panggilan · Setting untuk
profile · Setting untuk WAP · Setting untuk GPRS · Setting untuk Bluetooth · Teks
Welcome
Perhatian: Copyright legislation mungkin tidak membenarkan kita copy/delete sesetengah images
dan ringing tones.
Nokia Phone Editor

Nokia Phone Editor membolehkan kita manage berbagai
functions henpon kita dengan mudah melalui sesebuah PC.
Aplikasi Phonebook membolehkan kita manage informasi
contact kita yang ada dalam henpon, SIM card dan juga memori PC. Kita boleh: · Tambah dan edit contacts. ·
Copy atau pindahkan contacts tadi dari satu memori ke memori yang lain. · Hantar business card sebagai mesej
berteks kepada kawan-kawan kita.
Aplikasi Messages pulak membolehkan kita manage mesej berteks sama macam
kita manage email kita. Kita boleh: · Hantar dan terima mesej. · Reply mesej. · Forward mesej.
· Organize mesej ke dalam sesuatu folder.
bersambung ke bahagian 2..
|