General News This is where You can read the most latest Global and Local News. Mostly are copied from other news sites.
Tips & Tutorials Very important!! For new member of the site. Here are listed some tutorials that might be helpful to you when using our services. How to download this, how to upload, how to use etc..
LONDON - Juara dunia dua kali Formula Satu (F1), Fernando Alonso membuat kemunculan sulung bersama pasukan barunya, Ferrari pada satu majlis di Valencia, Sepanyol, kelmarin.
Pelumba berusia 28 tahun itu yang akan memulakan karier tiga tahun bersama pasukan Itali itu pada Januari ini, apabila kontraknya dengan Renault berakhir, muncul bersama rakan sepasukan Felipe Massa dan presiden Luca di Montezemolo.
LONDON – Kempen Arsenal untuk memburu kejuaraan bola sepak Liga Perdana England menerima tamparan apabila bintang penyerang mereka, Robin van Persie mengalami kecederaan buku lali ketika membantu Belanda menentang Itali dalam aksi persahabatan, Sabtu lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu diusung keluar padang selepas dikasari oleh pertahanan Itali, Giorgio Chiellini 14 minit selepas perlawanan bermula. Kedua-dua pasukan seri 0-0.
CANBERRA 16 Nov. – Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd hari ini meminta maaf atas penyeksaan dan keperitan yang ditanggung beribu-ribu anak-anak yatim dan kanakkanak yang dihantar ke Australia dari Britain, kebanyakannya tanpa pengetahuan ibu bapa mereka sendiri.
Perdana Menteri Britain, Gordon Brown juga akan membuat permohonan maaf kepada kira-kira 7,000 kanak-kanak dari institusi negara yang dibawa ke Australia dengan kapal laut antara 1930 hingga 1970 di bawah Program Pemindahan KanakKanak suatu masa dulu.'
ROM 16 Nov. – Wanita pertama Iran membuat kemunculan luar biasa serta memberi ucapan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini dalam forum di bandar raya ini menjelang persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang kebuluran bermula hari ini.
KUALA LUMPUR 16 Nov. – Isu penderaan pembantu rumah tidak mengenal bangsa atau negara. Di sebalik kes penderaan amah Indonesia yang hangat diperkatakan, rakyat Malaysia yang bekerja di negara asing turut melalui nasib yang sama.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Sree, 24, dikatakan memasuki Switzerland seorang diri menggunakan pas pelancong pada 25 Ogos lalu.
ALOR SETAR 16 Nov. - Biarpun rumah mereka digenangi air sejak minggu lalu, dua sahabat tetap cekal mengulang kaji pelajaran bersama bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula Rabu ini.
KUALA LUMPUR 16 Nov. – Akibat gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM1,000 kepada ah long, seorang mekanik berdepan kemungkinan menanggung malu apabila sindiket itu mengugut untuk memaparkan maklumat peribadi dan jumlah hutang yang perlu dibayarnya dalam laman sosial Facebook.