MUNGKINKAH dunia muzik rock akan bangkit semula setelah empat kumpulan terkenal dalam 80-an yang pernah bersepai anggotanya kini berjaya bergabung semula?
Setelah merujuk semula dengan kumpulan Wings dengan merakamkan album Naga Keramat tahun lalu, Awie dan kumpulan semakin mendapat banyak undangan.
Selain Planet Hollywood, mereka telah mengadakan persembahan di Traveller's Palm di Pan Pacific Glenmarie Shah Alam pada awal Mac.
Mp3 - Search - Isabella (LIve)
Mp3 - Wings - Sejati

Nash pula telah kembali ke pangkuan Lefthanded dan bakal menggegarkan Planet Hollywood di Kuala Lumpur pada 23 dan 30 Mac ini.
Kumpulan May pula rujuk semula dengan Mus menghasilkan album Sinar yang ada di pasaran sejak 10 Mac lalu, selepas 12 tahun berpisah, manakala Search merangka rancangan hebat untuk berganding dengan Amy melalui konsert bergerak tahun ini.
Itulah sebabnya anggota asal Search - Nasir, Kid, Din dan Yazid - mengadakan sidang akhbar tergempar selepas Amy ditahan dalam Ops Kelawar pada 4 Februari lalu.
 Gambar : Feeewiiitt!! Amy di mahkamah
Mereka juga membersihkan nama Amy, seterusnya memelihara nama baik Search kerana sedang merangka projek bersama.
Nampaknya fenomena kembali bergabung atau istilah popularnya 'reunion' bagi kumpulan rock yang popular sekitar tahun-tahun 1980-an mendapat perhatian beberapa pihak melalui projek khas, sama ada album atau persembahan.
Rata-rata peminat rock menyambut baik langkah ini kerana berpeluang menyaksikan persembahan kumpulan idola mereka itu secara langsung.
Bukti mereka masih ada ramai peminat ialah sambutan album kompilasi cukup baik hingga mendorong syarikat rakaman memasarkan album ini dalam pelbagai bentuk, lapor Metro Ahad.
Langkah Planet Hollywood mengumpulkan anggota Lefthanded patut dipuji kerana sebelum ini lebih banyak memberi peluang kepada penyanyi solo seperti Ferhad, Anuar Zain, Sheila Majid, Dayang Nurfaizah dan Afdlin Shauki.
 Awie lebih dikenali ketika bersama WINGS.
Stesen televisyen juga seolah-olah memberi kelonggaran kepada kemunculan kumpulan rock dengan membenarkan mereka yang berambut panjang (dikatakan imej rock) mengambil bahagian dalam beberapa rancangan hiburan, tetapi perlu kelihatan kemas (diikat).
Hakikatnya, bukan mudah kumpulkan mereka.
Hasrat murni beberapa pihak, sama ada syarikat rakaman atau pusat hiburan yang cuba mengumpulkan semula anggota kumpulan popular yang hanya tinggal nama, patut dipuji kerana ia bukan tugas mudah.
 (Samad di Kampung Melayu, Man Kidal, Man Dayak dan Yan di Skudai Kiri serta Nash dari Muar)
Anggota Lefthanded misalnya sudah berpecah lebih 10 tahun dan membawa haluan masing masing. Pada dasarnya mungkin menjadi impian setiap mereka untuk kembali menggegar muzik tanah air selepas mengecap populariti suatu masa dulu kerana tidak sanggup melihat nama-nama itu terkubur begitu saja.
Sudah lumrah alam, apabila berkumpulan banyak cabarannya kerana banyak kepala hingga membawa perpecahan atau membawa haluan masing-masing.

Ini diakui vokalis Lefthanded, Nash, yang kini lebih dikenali sebagai penyanyi solo melalui lagu Pada Syurga Di Wajahmu selepas mengambil keputusan meninggalkan rakan-rakannya pada 1989 untuk menghasilkan album solo.
'Rancangan bergabung semula mula disuarakan Samad dan Man Keedal ketika mereka berkunjung ke rumah saya, Ramadan lalu.
'Saya memberi sokongan dan tidak menyangka mereka bersungguh-sungguh sehingga berjaya mengumpulkan semua anggota asal Lefthanded.
'Tinggal beberapa minggu lagi kami akan membuat persembahan. Kami membuat persediaan rapi seperti mengumpul lagu-lagu untuk dinyanyikan malam itu.
'Peminat juga perlu terima hakikat Lefthanded popular sekitar 1980-an. Ketika itu saya masih muda dan kini usia saya mencecah 40 tahun. Tentu persembahan saya tidak sama dan mustahil saya mampu membawakan lagu-lagu popular Lefthanded seperti dulu.

'Kumpulan rock Barat seperti Scorpion juga tidak mampu beraksi sehebat ketika zaman kegemilangan mereka dulu ketika mengadakan konsert tahun lalu.
'Apa pun saya bersedia menerima kritikan jika ada pihak membandingkan persembahan saya dulu dan sekarang,' katanya, yang mengakui meninggalkan Lefthanded demi masa depannya.
Nash atau nama sebenarnya, Nashruddin Elias, mengakui tidak sabar bertemu peminatnya yang tentunya sudah dewasa untuk sama-sama mengimbas nostalgia silam.
'Bagi saya persembahan di Planet Hollywood sebagai hadiah buat peminat dan berharap mereka akan terhibur. Saya juga bersedia mempertimbangkan tawaran jika ada pihak lain yang berminat mengundang kami menyanyi selepas ini.
'Begitu juga rancangan menghasilkan album, segala-galanya bergantung kepada keadaan. Dulu kami pernah muncul dalam album Syurga Dan Neraka (2000) tetapi tanpa kehadiran Man Keedal,' katanya, yang pernah popular dengan lagu Ku Di Halaman Rindu dan Tiada Lagi Kidungmu bersama Lefthanded.
Anggota asal Lefthanded, Samad, Man Keedal dan Nash berkumpul dalam satu sidang media di Planet Hollywood, Rabu lalu, sempena persembahan mereka di pusat hiburan itu.
Sebab meninggalkan Search: Saya harus menempuh karier yang lebih tinggi, tak hanya sebagai vokalis, tapi juga produser musik. Semasa saya masih vokalis Search pun, saya telah coba membuat album solo pertama, Magic, beredar tahun 1994. Album ini mendapat penghargaan Anugerah Industri Muzik sebagai Best Rock Album di tahun 1995. Keputusan keluar dari Search tahun 1998, ada kaitannya dengan sukses itu.
Mp3 - Search - Teguh
Mp3 - Search - Kejora Ku Bersatu (penyanyi : MOQ) |