Home Home   Forums Forum   Downloads Downloads   Lyrics Lyrics   Photo Celebrities Photo   Tube Videos Videos   News Articles Articles   Lelong Lelong   Arcade Arcade
Click 4 Home 
Index Jiwang Chat blank Links Jiwang FM Online radio JWG IRC Server JWG Network RSS Feeds  
Expand/Collapse   JWG SubDivision  Headlines   
  Login
Nickname

Password


Remember me:


Lost Password?

Don't have an account?
Register now! Visit Us Via WAP!

  Site Progress
Recent:TYW
 Articles4011
 myShare058
 Files008
 Users352491621

  Menu
Home
Downloads
Add file
Popular file
Latest file

Forum
Portal
Album
Search

AudioSearch
RapidSearch
LinkChecker
VideoTube
OnlineTV
Photo Gallery
Media AF
New
Popular
Top Rated

Arcade
Favorites
Champions

MyArticle
Add article
Article archive
Stats

Carta Lagu
LirikLagu
Submit lirik lagu
Ask for lirik lagu

MyShare
Submit
Popular
Latest

Mobile WAP
Search File
PC Suite

MyDvDs
Trailers
Synopsis

Lelong
Members
Search
Top
Friends

WebSearch
About
Contact
Policy
Link

FAQ
Islamic

  Useronline
 Guests: 195
 Jiwangers: 67
 Total: 262

  JWG Network
[ More.. ]

  Information

21.6.09 16:20 | Pintu rahsia sorok GRO
Topic: General News | Poster:: andsem | Rating: 0.00 (0) Rate | Hit(s) 282
Oleh KASDI ALI
kasdi@hmetro.com.my

IPOH: Tindakan seorang pemilik sebuah pusat karaoke menyembunyikan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan membina dua pintu rahsia terbongkar apabila dikesan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, awal pagi semalam.

Dalam satu serbuan khas bermula jam 10.30 malam kelmarin dan berakhir kira-kira jam 2 pagi semalam, polis menahan 21 wanita warga China, dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat karaoke itu yang terletak di Jalan Leong Sin Nam, di sini.

Kewujudan pusat karaoke itu yang pada asalnya berkonsep premis hiburan keluarga dikatakan semakin terpesong apabila ia dipercayai menawarkan khidmat GRO warga asing yang menyediakan khidmat seks kepada pelanggan.

Jurucakap polis berkata, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan pengusaha pusat hiburan terbabit yang menggunakan khidmat GRO warga asing tanpa permit.

more..

Beliau berkata, pihaknya melakukan risikan dan intipan terlebih dulu sejak Khamis lalu sebelum memutuskan untuk menyerbu pusat karaoke terbabit.

“Serbuan awal pada tingkat bawah premis tiga tingkat itu mendapati tiada wanita warga asing bekerja di dalamnya. Kami mengesyaki ada laluan rahsia digunakan pemilik premis terbabit untuk menyembunyikan GRO.

“Selepas melakukan pemeriksaan hampir 45 minit, kami menemui dua laluan rahsia yang bersambung ke tingkat dua dan tiga bangunan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, polis terpaksa memecahkan dinding yang diperbuat daripada papan nipis dan simen untuk ke tingkat dua serta tiga.

“Selepas melalui laluan rahsia itu kami menemui 10 GRO bersembunyi di tingkat dua, manakala 11 lagi di tingkat tiga. Siasatan mendapati semuanya wanita warga China dan mempunyai visa tamat tempoh selain memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Siasatan awal mendapati semua wanita terbabit berusia lingkungan 20 hingga 30an dipercayai mula bekerja di pusat hiburan berkenaan lebih tiga bulan lalu,” katanya.

Menurutnya, pengusaha pusat hiburan itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, manakala 21 pelayan terbabit dihantar ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas disoal siasat.

www.hmetro.com.my
 

  1 2 3 4 5 6 7 8 9 10  

Related links
» Other articles in this topic » General News

» This article posted by » andsem

The most readable article in this topic General News:
» Zila Bakarin - Tiada kaitan dengan VCD lucah...
» Taktik Baru Penjual VCD LUCAH..!! - Fitnah Tahap Maksimum
» Ucapan Hasnah Pelajar Malaysia Yang Murtad
» Kes Misteri Norrita - Jurutera Dituduh Bunuh Noritta
» Perkembangan Kes Pembunuhan Allahyarhamah Norrita

Last articles in this topic General News:
» Hotel angkasa lepas dibuka pada 2012
» Kapal dibina dari runtuhan WTC
» Duti motosikal import hapus 2010
» Bebas asap rokok pada musim haji
» Tauliah: JAIS akan temu duga dahulu

¤ Print version
¤ Send this article to a friend


Best Viewed With IE6+ & Mozilla (1024 x 768) [ Jiwang Network ]