BARCELONA 3 Nov. - Sebuah syarikat yang merancang untuk membina hotel pertama di angkasa lepas menyatakan sasaran untuk menerima pelanggan pertamanya pada 2012 walaupun berdepan kritikan yang mempersoalkan pelaburan dan tempoh untuk projek berbilion-bilion dolar itu.
Arkitek di The Galactic Suite Space Resort yang beribu pejabat di Barcelona berkata, penginapan tiga malam di hotel itu akan memakan belanja 3 juta euro (RM15.2 juta), termasuk bayaran untuk kursus latihan selama lapan minggu di sebuah pulau tropika.
more...
Ketika berada di hotel itu, pengunjung dapat melihat matahari terbit 15 kali sehari dan mengelilingi dunia setiap 80 minit. Mereka perlu memakai pakaian khas velcro yang membolehkan mereka merangkak di bilik kediaman masing-masing seperti Spiderman.
Ketua Pegawai Eksekutif Galactic Suite, Xavier Claramunt yang juga bekas jurutera aeroangkasa berkata, projek itu akan meletakkan syarikatnya sebagai peneraju industri yang baru bermula itu dengan potensi masa depan yang besar dan menjangkakan bahawa pelancongan angkasa akan menjadi satu perkara biasa di masa depan.
"Adalah normal untuk memikirkan anak-anak anda dalam masa 15 tahun lalu lagi, menghabiskan masa hujung minggu di angkasa lepas," katanya kepada Reuters Television.
Industri pelancongan angkasa mula bercambah dengan pembinaan sedang dijalankan di Spaceport Amerika di New Mexico, kemudahan pertama seumpamanya untuk pelanggan komersial dan berbayar angkasa di dunia.
Firma pelancongan angkasa milik taikun Britain, Richard Branson iaitu Virgin Atlantic akan menggunakan kemudahan itu untuk membawa penumpang ke ruang angkasa sub orbit pada harga AS$200,000 (RM684,760). - REUTERS
sumber : utusan malaysia |