Setelah Akademi Fantasia Musim Pertama berakhir, ramai kipas-susah mati AF ternanti-nanti musim kedua rancangan bercorak realiti ini. Akhirnya....... Ambik!!!
Bahagian kedua Tirai ini akan membawa penonton untuk melihat persediaan pelajar ke alam baru : alam Akademi Fantasia! Saksikan detik-detik penuh emosi, apabila para pelajar terpaksa berpisah dengan keluarga dan kehidupan lama mereka selama 10 minggu!
Sila Read More...
AF2 kali ini terdiri daripada 12 orang peserta baru yang datang dari seluruh pelusuk tanah air. Tanpa cakap banyak, berikut aku sediakan biodata ringkas tiap-tiap peserta:
1) Adam - 21 - Sabah Nama Penuh : Mohd Aizam b Mat Saman Tarikh Lahir : 19 September 1983 Zodiak : Virgo Tinggi/Berat : 172cm/67kg Bangsa : Bajau Agama : Islam Hobi : Menyanyi Makanan/Minuman kegemaran : Semua makanan yang bercili sos, burger/jus karot Penyanyi Kegemaran : KRU Pelakon Kegemaran : Yusry KRU, Faizal Hussein, Afdlin Shauki Lagu Kegemaran : AWAS (KRU) Ciri-ciri wanita impian : Baik, sopan, memahami karier dan sedap mata memandang Ringkasan diri : Sekali pandang, mungkin akan dianggap sebagai 'playboy' atau sombong. Namun, realitinya beliau seorang periang, penyayang dan berjiwa sentimental. Merupakan peminat fanatik KRU. Mempunyai kumpulan muzik sendiri yang diberi nama "Es d CO", dan bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam dunia hiburan. Anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Berketurunan Bajau. Tidak mempunyai kekasih dan sedang mencari cinta sejati. Pandai menari dan menyanyi. Dia gemar penampilan yang segak dan ingin sentiasa nampak kemas.

2) Anding - 21 - Sarawak Nama Penuh : Anding Indrawani Zaini Tarikh Lahir : 25 April 1983 Zodiak : Taurus Tinggi/Berat : 172cm/67kg Bangsa : Melanau/Bidayuh Agama : Islam Hobi : Berenang, bersenam, menari, menyanyi, dan melayari Internet Makanan/Minuman kegemaran : Makanan barat/Jus buah-buahan Penyanyi Kegemaran : Justin Timberlake Pelakon Kegemaran : Edward Norton/Drew Barrymore Lagu Kegemaran : Careless Whisper, Lady & Getaran Jiwa Ciri-ciri wanita impian : Paras rupa tidak penting, asalkan baik, pandai memasak, tidak merokok dan gemar bersukan Ringkasan diri : Anak ketiga daripada 5 orang adik-beradik ini sangat manja dengan ibunya. Seorang yang ceria, pendiam, mudah didekati, lurus dan kadang-kadang emosional. Beliau amat sensitif dengan persekitaranyang sejuk. Boleh menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Tagalog dan Spanish. Sikap buruknya suka bertangguh dalam melakukan kerja.
3) Bob - 23 - Sarawak Nama Penuh : Yusrizan Usop Tarikh Lahir : 30 Julai 1981 Zodiak : Leo Tinggi/Berat : 152cm/93kg Bangsa : Melayu Agama : Islam Hobi : Menyanyi, menari, menulis sajak, menonton televisyen Makanan/Minuman kegemaran : Mee bandung,sayur-sayuran/Horlicks Ais Penyanyi Kegemaran : Anuar Zain Pelakon Kegemaran : Rosyam Nor/Ellie Suriaty Lagu Kegemaran : Keabadian Cinta (Anuar Zain) Ciri-ciri wanita impian : Baik, dan menerima diri seadanya. Pandai mengambil hati keluarga dan tidak suka wanita yang cepat marah Ringkasan diri : Anak pertama daripada 2 orang adik-beradik. Seorang yang agak 'gila-gila' sedikit, gemar bergurau dan sangat manja dengan ibu. Selain itu, beliau juga amat penyayang dan 'simple' orangnya. Moto hidupnya adalah 'ceriakan hidup anda dengan senyuman.' Pandai menulis puisi. Fobia dengan binatang reptilia terutamanya ular dan cicak. Berhasrat untuk menurunkan berat badan di Akademi Fantasia.
4) Edlin - 21 - Kuala Lumpur Nama Penuh : Edlin Abdul Rahim Tarikh Lahir : 23 Oktober 1983 Zodiak : Libra Tinggi/Berat : 155cm/43kg Bangsa : Melayu Agama : Islam Hobi : Menyanyi, bermain jetski dan berenang Makanan/Minuman kegemaran : Nasi Daging Merah/Karot susu Penyanyi Kegemaran : Dayang Nurfaizah Pelakon Kegemaran : Azhar Sulaiman/Erra Fazira Lagu Kegemaran : Mengapa Ciri-ciri lelaki impian : Ambil berat, beriman, penyayang, sedap mata memandang, hormati ibu bapa, pandai dan berpenampilan kemas Ringkasan diri : Anak pertama daripada 2 orang adik beradik. Seorang gadis yang lemah lembut, peramah dan penyayang. Awas! Walaupun nampak ayu dan sopan tetapi tersembunyi sifat panas barannya. Berasa bangga kerana mampu berdikari semasa melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia. Sangat sensitif dan mudah menangis terutamanya ketika hero atau heroin mati dalam filem.
5) Farah - 19 - Kuala Lumpur Nama Penuh : Farah Diana Anuar Tarikh Lahir : 25 Januari 1985 Zodiak : Aquarius Tinggi/Berat : 158cm/45kg Bangsa : Melayu Agama : Islam Hobi : Menyanyi, membaca majalah, dan beriadah Makanan/Minuman kegemaran : Masakan ibu/Jus Oren, Jus Mangga Panas Penyanyi Kegemaran : Ziana Zain Pelakon Kegemaran : Rosyam Nor/Erra Fazira Lagu Kegemaran : Mengapa Ciri-ciri lelaki impian : Sedap mata memandang, boleh membimbing dan memberi nasihat, simple dan baik, menerima diri seadanya Ringkasan diri : Seorang yang periang, tidak sombong, dan pandai ambil hati sesiapa sahaja. Peminat setia Pasukan Hoki Lelaki Kebangsaan. Pengarang majalah idolanya ialah Mama Juwie. Berpendirian tegas dalam membuat keputusan dan mempunyai pandangan jauh dalam kehidupan. Anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Jika berseorangan di rumah, beliau akan berkaraoke sendiri.
6) Fitri - 25 - Kuala Lumpur Nama Penuh : Mohd Fitri Zainal Abidin Tarikh Lahir : 25 Ogos 1979 Zodiak : Virgo Tinggi/Berat : 172cm/52kg Bangsa : Melayu Agama : Islam Hobi : Melukis dan mendengar muzik Makanan/Minuman kegemaran : Makanan India atau Jepun/Ice Peach Tea Penyanyi Kegemaran : Kelly Minogue/Marcell Pelakon Kegemaran : Rosyam Nor/Nasya Aziz Lagu Kegemaran : First Love (Utada Hikaru) Ciri-ciri wanita impian : Tidak mementingkan paras rupa, peramah, mempunyai personaliti, kurus, tak terlalu tinggi, feminin, berkulit hitam manis dan suka senyum. Ringkasan diri : Seorang yang suka mengusik dan bergurau, serta mencuba sesuatu yang baru. Sayang pada binatang tetapi agak cerewet. Anak ketiga daripada 4 orang adik beradik. Mempunyai bakat dalam mereka pakaian, sehingga terpilih mewakili Malaysia ke Milan, Itali untuk kursus rekaan fesyen 2001. Walaupun nampak macho, beliau adalah peminat siri kartun anime Crayon Shin Chan.
7) Kaer - 19 - Selangor Nama Penuh : Wan Mohammad Khair Wan Azami Tarikh Lahir : 30 Ogos 1985 Zodiak : Virgo Tinggi/Berat :172.5cm/57kg Bangsa : Melayu Agama : Islam Hobi : Menyanyi, melukis dan membaca Makanan/Minuman kegemaran : Sushi/Coke Penyanyi Kegemaran : Marcell Pelakon Kegemaran : Ari Wibowo/Sharifah Shahira Lagu Kegemaran : Bukan Untukku Ciri-ciri wanita impian : Pandai menjaga hati ibu bapa, berfikiran terbuka, tidak mementingkan rupa paras asalkan keserasian ada Ringkasan diri : Seluruh keluarganya berkecimpung dalam bidang Arkitek. Beliau tidak suka makan menggunakan tangan, dan seringkali ditemani bantal busuknya semasa tidur. Anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Manja dan tegas dalam keluarga. Juga seorang yang pemalu dan menghormati orang tua. Pernah menjadi johan dalam peraduan melukis 'Malaysia International Japan.'
8) Linda - 20 - Sabah Nama Penuh : Norlinda Nanuwil Tarikh Lahir : 21 Mac 1984 Zodiak : Aries Tinggi/Berat : 163cm/54kg Bangsa : Dusun Agama : Kristian Hobi : Bermain gitar dan keyboard Makanan/Minuman kegemaran : Mee goreng, nasi ayam/Nescafe, Teh tarik Penyanyi Kegemaran : Celine Dion Pelakon Kegemaran : Jalaludin Hassan/Fauziah Nawi Lagu Kegemaran : Lagu-lagu berentak Rnb, pop dan soul Ciri-ciri lelaki impian :Baik, jujur, merendah diri, lelaki yang berjaya, suka lelaki yang berisi, tidak mementingkan paras rupa Ringkasan diri : Anak ketujuh daripada 8 orang adik-beradik. Kemasukannya ke AF disokong oleh seluruh penduduk kampung Tudangan Ranau, iaitu tempat asalnya. Berbangsa Dusun, pandai bermain gitar dan seorang yang periang, suka ketawa dan bergaul mesra.
9) Mas - 23 - Sabah Nama Penuh : Asma Ghani Tarikh Lahir : 15 Oktober 1981 Zodiak : Libra Tinggi/Berat : 156cm/60kg Bangsa : Cocos Agama : Islam Hobi : Menyanyi dan menari Makanan/Minuman kegemaran : Bihun sup taugeh/Jus honey dew Penyanyi Kegemaran : Ella Pelakon Kegemaran : Rosyam Nor/Erra Fazira Lagu Kegemaran : Sepi Sekuntum Mawar Merah Ciri-ciri lelaki impian : Jenis banyak bercakap, pandai menghiburkan hati, hati baik, ikhlas dan jujur Ringkasan diri : Suka bercakap, mesra, manja dan mengamalkan kesederhanaan dalam segala hal. Seorang yang pakar dalam bidang bakar membakar sate kerana membantu bapanya berniaga sate. Anak bongsu daripada 6 orang adik-beradik.Teringin untuk melakonkan watak-watak jahat dalam filem. Tidak suka orang yang suka tabur fitnah dan mengata orang lain.
10) Nurul - 22 - Sarawak Nama Penuh : Nurullah Abd Hamid Tarikh Lahir : 12 November 1982 Zodiak : Scorpio Tinggi/Berat : 150cm/37kg Bangsa : Melayu Agama : Islam Hobi : Menyanyi Makanan/Minuman kegemaran : Dalca, Ayam Masak Merah/ Laici & soya bean Penyanyi Kegemaran : Fauziah Latif Pelakon Kegemaran : Rosyam Nor/Erra Fazira Lagu Kegemaran : Hapuslah Airmatamu Ciri-ciri lelaki impian : Sedap mata memandang, memahami diri, satu kepala, yang boleh membimbing ke jalan yang benar Ringkasan diri : Wajahnya seiras Fauziah Latif, gayanya semanja Ella. Sekali pandang seolah-olah 'mengada-ngada' tetapi realitinya dia seorangyang lemah-lembut. Pakar memasak masakan 'mee segera campur kari dan ikan.' Menyimpan impian untuk menjadi penyanyi berjaya suatu hari nanti. Anak sulung daripada 6 orang adik beradik.
11) Zahid - 23 - Kuala Lumpur Nama Penuh : Ahmad Zahid Baharuddin Tarikh Lahir : 19 Disember 1980 Zodiak : Sagittarius Tinggi/Berat : 177cm/55kg Bangsa : Melayu Agama : Islam Hobi : Menyanyi, "rapping", menari, bermain bola sepak Makanan/Minuman kegemaran : Nasi Goreng Ayam/Milo Ais Penyanyi Kegemaran : Usher & Jamal Abdillah Pelakon Kegemaran : Will Smith, Al Pacino, P Ramlee Lagu Kegemaran : End of the Road (Boyz II Men) Ciri-ciri wanita impian : Menghormati diri dan keluarga, berwajah keibuan, sedap mata memandang, senang bergaul dengan rakan-rakan Ringkasan diri : "Rapper" yang bermula dengan dikir barat dan nasyid ini merupakan satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga 4 beradik. Seorang yang peramah, periang, mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Seorang ahli muzik yang pernah menganggotai 'live band'. Hadiah harijadi paling ideal untuknya adalah seekor iguana.
12) Zarina - 20 - Johor Bahru Nama Penuh : Zarina Zainoordin Tarikh Lahir : 15 Oktober 1984 Zodiak : Libra Tinggi/Berat : 163cm/45kg Bangsa : Melayu Agama : Islam Hobi : Menyanyi, jogging Makanan/Minuman kegemaran : Tomyam campur/Milo Ais Tabur Penyanyi Kegemaran : Anita Sarawak Pelakon Kegemaran : Hans Isaac/Sheila Rusly Lagu Kegemaran : Seksis, Menghitung Hari & Jangan Kau Mimpi Ciri-ciri lelaki impian : Baik, 'cool', berpendirian tegas, romantik, berfikiran terbuka, kelakar, penyayang, dan menerima diri seadanya Ringkasan diri : Berkebolehan menyanyikan lagu-lagu ghazal dan mempunyai asas dalam bidang kesenian tradisional. Seorang yang jujur, dan memendam rasa. Sesekali beliau keras kepala dan panas baran. Namun, beliau boleh bergaul dengan sesiapa sahaja tak kira usia dan jantina. Masa lapangnya diluangkan dengan bermain bowling dan menonton wayang. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Heh... Tak puas hati lagi dengan maklumat kat atas? Nih.... ambik sket Info Rancangan: Tirai Akademi Fantasia II: Sabtu, 5 Jun 2004 (8:30 malam) Bahagian kedua Tirai ini akan membawa penonton untuk melihat persediaan pelajar ke alam baru : alam Akademi Fantasia! Saksikan detik-detik penuh emosi, apabila para pelajar terpaksa berpisah dengan keluarga dan kehidupan lama mereka selama 10 minggu!
Diari Akademi Fantasia: Isnin-Jumaat, 12 tgh & 8:30 mlm (mulai 7 Jun 2004) Dua liputan harian setengah jam ini khas untuk anda mengenali dengan lebih dekat lagi 12 pelajar Akademi Fantasia. Kenali karakter dan personaliti mereka, serta perubahan yang mereka lalui demi mengubah impian menjadi realiti. Nantikan kemunculan artis undangan istimewa dan kejutan-kejutan yang bakal menghangatkan suasana. Mana tahu? Mungkin akan terselit bibit-bibit 'cinta' antara mereka!
Konsert Akademi Fantasia: Setiap Sabtu, 8:30 mlm (mulai 12 Jun 2004) Konsert mingguan yang akan dibawa secara langsung dari Dewan Sivik MPPJ ini akan menguji bakat dan vokal pelajar. Ketahuilah siapa yang akan terkeluar dari Akademi Fantasia, hasil dari undian anda!
Imbasan Akademi Fantasia: Setiap Ahad, 1 ptg (mulai 13 Jjun 2004) Di hoskan oleh pengacara sensasi Aznil Hj Nawawi, imbasan selama satu jam ini akan membawa penonton mengenali dengan lebih dekat lagi pelajar yang tersingkir keluar dari Akademi. Ikuti luahan perasaan, serta cerita-cerita menarik dari mulut pelajar tersebut sendiri.
______________________________________________________________________________________ Eh... Lupe plak. Dalam setiap pertandingan mesti ader hadiah kan? Nih la yang diorang akan buleh:
Juara Akademi Fantasia Kereta model Citroen C3 tajaan Directional (M) Sdn Bhb bernilai RM120 (termasuk aksesori kereta). Sistem Audio Visual berupa Set Teater Rumah tajaan Audio Planet AV Sdn Bhd Pakej percutian ke Brunei tajaan Empire Hotel & Country Club Piala Akademi Fantasia (bersadur emas) Wang tunai RM10,000 tajaan ASTRO
Naib Juara Akademi Fantasia Sistem Audio Visual berupa Set Teater Rumah tajaan Audio Planet AV Sdn Bhd Pakej percutian ke Brunei tajaan Empire Hotel & Country Club Piala Akademi Fantasia Wang tunai RM7,000 tajaan ASTRO
Tempat Ketiga Kamera digital tajaan Canon Pakej percutian ke Brunei tajaan Empire Hotel & Country Club Piala Akademi Fantasia Wang tunai RM3,000 tajaan ASTRO
Tempat Keempat Kamera digital tajaan Canon Pakej percutian ke Brunei tajaan Empire Hotel & Country Club Piala Akademi Fantasia
Tempat Kelima Kamera digital tajaan Canon Pakej percutian ke Brunei tajaan Empire Hotel & Country Club Piala Akademi Fantasia
Saguhati 12 unit telefon bimbit untuk diberi kepada keluarga pelajar Piala Akademi Fantasia untuk pelajar yang terkeluar daripada akademi.
______________________________________________________________________________________ Hm... Stakat nih jer information yang dapat aku cari. Oh ya, Konsert Final AF2 dijangkakan pada 14 Ogos 2004 kat Dewan MPPJ!
So, meh kite start tengok AF kat ASTRO Ria!!! Macam˛ Ada! |