Reliable Hosting Company
Home Portal   Forums Forum   Downloads Downloads   Lyrics Lyrics   Photo Celebrities Photo   Tube Videos Videos   News Articles News   Lelong Lelong   Mobile Fun Mobile   Arcade Arcade   FileShare File Share   Top 10 Chart Top10
Click 4 Home 
Index   Jiwang Chat   blank Links Jiwang FM Online radio JWG IRC Server JWG Network RSS Feeds  
Expand/Collapse   JWG Network  Jiwang Torrent  |  JWG Forum V2  |  JiwangFM  |  JWG TV-Shows  |  Jiwang Space   
  Login
Nickname

Password


Remember me:


Lost Password?

Don't have an account?
Register now! Visit Us Via WAP!

  Menu
Home
News
Submit
Archive
Topics

Forum
FAQ
Search

Old Forum
Downloads
Add file
Popular file
Latest file

FileShare
Submit
Popular
Latest

Mp3 AF6
New
Popular
Top Rated

Carta Lagu
LirikLagu
Submit lirik lagu
Ask for lirik lagu

PhotoGallery
MyDvDs
Trailers
Synopsis

Video Tube
Arcade
Lelong
Mobile Fun
Search File
PC Suite

Jokes
Submit Jokes

Kodgitar
Submit kod lagu
Ask for kod lagu

AudioSearch
VideoSearch
MyLinks
Submit
Popular
Top Rated

Headlines
Top 10

  Useronline
 Guests: 325
 Jiwangers: 96
 Total: 421

  Adverts
JWG Recommends Exabytes Hostings

Your Ad Here
Arkib Ulasan

  Entertainments & Info : Lan Pet-Pet, Rubytah diijab kabul
  Posted by [ andsem ] on 21.8.08 08:20 (212 reads)



Mazlan Ahmad (Lan Pet-Pet) di samping Rubytah Che Wan pada majlis pernikahan mereka di Alor Star, semalam.

ALOR STAR 20 Ogos - Percintaan selama 14 tahun antara pelawak siri komedi Senario, Lan Pet-Pet dengan Rubytah Abu Bakar @ Che Wan, berakhir di gerbang perkahwinan apabila mereka diijabkabulkan di Masjid Al-Bukhary di sini hari ini.

Dengan empat kali lafaz, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 39, sah menjadi suami kepada perunding pelaburan itu dengan kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih susu.

Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM888 oleh juru nikah Masjid Al-Bukhary, Mohamad Isa Shaari setelah diwakilkan oleh adik Rubytah, Roshidi, 29, tepat pukul 12.10 tengah hari sambil disaksikan keluarga kedua- dua pihak.

Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar- tukar dulang hantaran iaitu tujuh dulang daripada Lan termasuk wang hantaran RM8,000 beserta sirih junjung, beg tangan jenama Gucci, kek dan senaskhah al-Quran.

www.utusan.com.my

 Comments?  

  General News : Lanun rampas kapal MISC
  Posted by [ andsem ] on 21.8.08 08:18 (53 reads)

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Sebuah kapal tangki minyak milik MISC Bhd., MT Bunga Melati Dua dirampas oleh lanun di Teluk Aden berhampiran Somalia dan Yemen.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kejadian rampasan itu berlaku pada pukul 10.09 malam semalam ketika kapal yang sarat dengan muatan minyak kelapa sawit itu sedang belayar dari Dumai, Sumatera menuju Rotterdam.

"Seramai 39 anak kapal terdiri daripada 29 rakyat Malaysia dan 10 rakyat Filipina yang menaiki kapal MT Bunga Melati Dua itu turut ditahan oleh lanun.

"MISC Bhd telah melaporkan kejadian rampasan dan penahanan anak kapal tersebut kepada pihak berkuasa tempatan di sana untuk mengambil tindakan menyelamat dan bantuan," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sehingga petang ini, MISC masih belum menerima sebarang maklumat dan perkembangan terbaru mengenai insiden rampasan itu.

www.utusan.com.my

 Comments?  

  General News : Spratly: Malaysia guna diplomasi
  Posted by [ andsem ] on 21.8.08 08:16 (16 reads)

PUTRAJAYA 20 Ogos - Malaysia akan menggunakan kaedah diplomasi untuk menyelesaikan tuntutan bertindih berhubung kedaulatan di kepulauan Spratly dengan China, Vietnam dan Filipina.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, soal kedaulatan mengenai pulau dan terumbu karang di kepulauan Spratly perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia melibatkan kepentingan pelbagai pihak.

''Malaysia akan berunding bersama-sama Vietnam, China dan juga negara lain mengenai cara penyelesaiannya," katanya.

''Insya-Allah kita akan bawa perkara ini kepada Menteri Luar China, Yang Jie Chi ketika kunjungan ke negara itu pada Oktober ini," katanya selepas menerima kunjungan perpisahan Duta China ke Kuala Lumpur, Cheng Yong Hua di Wisma Putra di sini hari ini.

more...

 Read More... | 2088 bytes more | Comments?  

  General News : 'Tidak masuk akal'
  Posted by [ andsem ] on 21.8.08 08:14 (48 reads)

Oleh Rajmah Hasan

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Cendekiawan negara, Prof. Diraja Ungku Aziz menyifatkan cadangan untuk membuka kuota 10 peratus kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera sebagai satu cadangan gila dan tidak masuk akal.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) selama 20 tahun sejak 1968 itu me- nganggap cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai lari daripada matlamat asal penubuhan institusi itu untuk membela orang Melayu dalam bidang pendidikan.

"Walaupun UiTM pada masa kini tidak dibuka kepada kaum lain, namun kita nampak ia telah terbukti mampu melahirkan ramai tokoh dan intelektual Melayu dalam pelbagai bidang.

"Malah siswazah UiTM juga mempunyai pasaran kerja yang tinggi di syarikat-syarikat terkemuka dan mampu bersaing dengan kaum lain," katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.

more..

 Read More... | 2179 bytes more | Comments?  

  General News : Dua juruterbang pelatih hilang
  Posted by [ andsem ] on 21.8.08 08:17 (28 reads)

KUALA TERENGGANU 20 Ogos - Dua juruterbang pelatih hilang apabila pesawat ringan yang mereka gunakan dalam latihan penerbangan dikhuatiri terhempas di kawasan Batu Rakit di sini petang ini.

Pesawat ringan dua tempat duduk jenis Diamon 40 MAHA 443 bernombor pendaftaran 9MHMT milik Sekolah Penerbangan HM Aerospace itu memulakan latihan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, juruterbang pelatih yang hilang dikenali sebagai Mohd. Farid Abdullah, 21, dan Mohd. Ariff Abdullah Ahmad Fuad, 20.

Menurutnya, polis menerima laporan kehilangan pesawat itu kira-kira pukul 5 petang dari menara kawalan LTSM.

''Menara kawalan terputus hubungan dengan kedua-dua juruterbang itu selepas pesawat berada dalam jarak kira-kira 11 kilometer dari lapangan terbang itu," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tiga pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pihak polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerah ke tiga kawasan dipercayai pesawat itu terhempas berdasarkan maklumat penduduk setempat.

www.utusan.com.my

 Read More... | 1 comment  

  General News : Chong Wei terharu gelaran Datuk
  Posted by [ andsem ] on 21.8.08 08:14 (48 reads)

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Lee Chong Wei melahirkan rasa terharu di atas pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh kerajaan Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk kepadanya.

Menurut Chong Wei, anugerah yang diberikan itu akan memberi semangat ke- padanya untuk terus berjuang dalam sukan kegemarannya itu sekali gus membawa lebih banyak kejayaan kepada negara.

"Saya tidak menduga akan diberikan anugerah seperti itu dan saya mengucapkan terima kasih di atas penghargaan diberikan dan berjanji untuk membawa pulang pingat emas untuk Sukan Olimpik 2012 di London nanti," katanya selepas majlis meraikan kejayaannya di kampung halamannya di Kampung Baru Berapit di sini hari ini.

Pemain nombor dua dunia itu juga turut dipertemukan dengan bekas jurulatih di zaman remajanya, Kuok Chin Heng dan kaum keluarganya yang masih menetap di situ.

Turut hadir meraikan kepulangannya itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob; jurulatihnya, Misbun Sidek dan lain-lain.

Menurut Chong Wei, beliau mahu melupakan kegagalannya membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik lalu dan mahu menumpukan kepada kejohanan akan datang.

Buat masa ini, katanya, beliau mahu berehat beberapa hari sebelum menyambung semula latihan bagi menghadapi kejohanan Terbuka Jepun dan Terbuka Macau.

www.utusan.com.my

 Read More... | 2 comments  

  General News : Kibar Jalur Gemilang terbalik perbuatan kurang ajar
  Posted by [ andsem ] on 21.8.08 08:13 (35 reads)

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
dan RIZANIZAM ABDUL HAMID


ABDULLAH Ahmad Badawi bersalam dengan sebahagian ketua-ketua pengakap pelbagai negara pada majlis perasmian Jambori Keamanan Antarabangsa Pengakap Ke-3 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka, semalam.

MELAKA 20 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas tindakan sebuah laman blog meminta rakyat mengibar Jalur Gemilang secara terbalik sebagai tanda tidak puas hati dengan apa yang berlaku dalam kerajaan.

Sambil menyifatkan perbuatan tersebut sebagai kurang ajar, Perdana Menteri menegaskan, polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan bagi mengelakkan ia berulang.

more...

 Read More... | 3199 bytes more | Comments  

« Previous[1] 2 3 ... 427 Next »
Best Viewed With Mozilla Firefox (1024 x 768) [ Proudly Hosted by Exabytes ]