 |
Posted by andsem on 26.10.08 09:07 (149 reads)
|
 |
 |
CARACAS 25 Okt. - Presiden Venezuela, Hugo Chavez semalam menggambarkan calon Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Sarah Palin sebagai seorang 'ratu cantik yang keliru' selepas Palin mengecap beliau sebagai diktator.
Chavez yang gemar mempersendakan Presiden AS, George W. Bush dan pemimpin Barat lain menangkis kecaman daripada Palin yang juga Gabenor Alaska dan bekas ratu cantik itu.
"Saya melihat calon Naib Presiden AS itu bercakap tentang diktator bernama Hugo Chavez.
"Wanita malang itu, kita berasa kasihan dengannya," kata Chavez pada satu rancangan di televisyen.
Presiden berhaluan kiri itu menyifatkan Palin sebagai seorang ratu cantik yang dipilih untuk menjadi boneka.
"Seperti dituntut oleh agama, kita maafkanlah dia kerana dia tidak tahu apa yang dicakapkannya," kata Chavez.
Beliau yang mengusir Duta AS ke Venezuela pada bulan lepas pernah menggambarkan AS sebagai sebuah empayar yang sedang mengalami kemerosotan.
Chavez yang bermulut celupar itu menarik perhatian umum pada 2006 apabila beliau menggelar Bush sebagai 'iblis' pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Beliau juga mencetuskan kontroversi dengan mengecap Canselor Jerman, Angela Merkel sebagai keturunan politik Adolf Hitler.
- Reuters
www.utusan.com.my
|
|
 |
 |
|
 |
|
|
| |
|