Click 4 Home
Index   Jiwang Chat   blank Links  
  Search
  Login
Nickname

Password


Remember me:


Lost Password?

Don't have an account?
Register now! Visit Us Via WAP!

  Menu
Home
Downloads
Add file
Popular file
Latest file

Forum
Portal
Album
Search

AudioSearch
RapidSearch
VideoTube
MovieTrailer
Trailers
Synopsis

MyMedia
Add article
Article archive
Stats

MyShare
Submit
Popular
Latest

Photo Gallery
LirikLagu
Submit lirik lagu
Ask for lirik lagu

Kodgitar
Submit kod lagu
Ask for kod lagu

Arcade
Favorites
Champions

Lelong
Jokes
Submit Jokes

Mobile WAP
Search File
PC Suite

Radio
IRC Chat
RS-2-IP
LinkChecker
Myspace-Gen
Translate
Wallpaper
TorrentSearch
WebSearch
Top 10
Guestbook

  Site Progress
Recent:TYW
 Articles02159
 myShare0113
 Files014
 Users131731081

  Useronline
 Guests: 256
 Jiwangers: 59
 Total: 315

  JWG Network
[ More.. ]

  Information

  Adverts


  General News : Dengan RM50 penjenayah boleh miliki senjata api tiruan
Posted by andsem on 24.1.09 09:09 (477 reads)
BATU PAHAT 23 Jan. - Sesiapa saja termasuk penjenayah bebas dan hanya perlu membayar RM50 hingga RM200 untuk membeli sepucuk pistol atau selaras senapang tiruan di Ayer Hitam di sini.

Modus operandi sindiket menjual senjata api tiruan itu ialah menjadikan kedai-kedai menjual barangan kraftangan sebagai pusat pembekalan barangan terlarang yang diseludup dari China itu.

Polis membongkar kegiatan sindiket itu selepas merampas 131 laras senjata api tiruan di empat kedai menjual barangan kraftangan di pekan Ayer Hitam dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam serbuan itu, empat rakyat tempatan termasuk dua wanita berusia antara 21 hingga 63 tahun ditahan untuk siasatan lanjut

more..

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 2 petang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daerah, selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.

Katanya, dalam pemeriksaan ke premis pertama, sebanyak 23 laras senjata api termasuk tujuh jenis 'CQB Receiver M4A1', 'CQBR Version' dan 'M4A1 Carbine' dirampas.

Serbuan di premis kedua pula, polis menemui 32 laras senjata api termasuk empat pucuk pistol jenis 'Soft Gun M92F-1'.

"Sebanyak 38 laras senjata api termasuk 'XM11014 Combat Shot Gun' dan 'Military Victorious Gun' pula dirampas dari premis ketiga manakala di premis keempat, polis merampas sejumlah 38 laras senjata tiruan termasuk tiga pistol jenis 'G13 Cal-6mm'," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua polis dan ketua-ketua jabatan polis daerah di Hotel Katerina di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, siasatan turut menjurus pada tujuan dan kepada siapa senjata api itu hendak dijual.

"Senjata ini menggunakan peluru 'pellet' dan boleh diubah suai dengan menggunakan 'ball bearing' serta boleh mendatangkan kecederaan kepada manusia dan haiwan," katanya.

Kes itu, menurut beliau, disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 iaitu memiliki atau mengimport senjata tiruan tanpa lesen.

Polis katanya, bimbang senjata tiruan tersebut akan digunakan untuk tujuan jenayah termasuk menyamun kerana ia boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

"Kebimbangan ini disebabkan terdapat 81 kes samun bersenjata api di Johor pada tahun lalu yang menggunakan objek menyerupai pistol," katanya.

Mohd. Mokhtar meminta orang ramai yang memiliki senjata api tiruan agar menyerahkannya kepada polis bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Sementara itu, menurutnya, polis daerah Kluang dan Pontian berjaya memberkas empat rakyat Indonesia yang dipercayai aktif melakukan samun di dua daerah itu pada 16 Januari lalu.

Menurutnya, kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 25 tahun diberkas di dua kawasan berasingan iaitu Taman Rekamas, Simpang Renggam dan di sebuah kebun sawit di Empangan Machap.

Beliau berkata, ekoran kejayaan itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan lima kes samun berkawan tanpa senjata api yang berlaku di Kluang dan Kulai sebelum ini.

www.utusan.com.my
  

 
Related Links

· More about General News
· News by andsem

Most read story about General News
most read news Zila Bakarin - Tiada kaitan dengan VCD lucah...
most read news Taktik Baru Penjual VCD LUCAH..!! - Fitnah Tahap Maksimum
most read news Ucapan Hasnah Pelajar Malaysia Yang Murtad

Last news about General News
latest news Akibat lupa nama
latest news Lelaki British menang jawatan terbaik
latest news Rempit: Sebat, rampas motosikal
latest news Ibu berpesan jaga kesemua anak
latest news Nenek, 86, mati cuba selamatkan anak diragut

Printer Friendly Page  Send this Story to a Friend

SUBMIT NEWS HERE