Reliable Hosting Company
Home Portal   Forums Forum   Downloads Downloads   Lyrics Lyrics   Photo Celebrities Photo   Tube Videos Videos   News Articles News   Lelong Lelong   Mobile Fun Mobile   Top 10 Chart Top10
Click 4 Home 
Index   Jiwang Chat   blank Links Jiwang FM Online radio JWG IRC Server JWG Network RSS Feeds  
Expand/Collapse   JWG Network  Jiwang Torrent  |  Jiwang MySpace   
  Login
Nickname

Password


Remember me:


Lost Password?

Don't have an account?
Register now! Visit Us Via WAP!

  Menu
Home
News
Submit
Archive
Topics

Forum
FAQ
Search

Downloads
Add file
Popular file
Latest file

Mp3 AF6
New
Popular
Top Rated

FileShare
Submit
Popular
Latest

Carta Lagu
LirikLagu
Submit lirik lagu
Ask for lirik lagu

PhotoGallery
MyDvDs
Trailers
Synopsis

Video Tube
Arcade
Lelong
Mobile Fun
Search File
PC Suite

Jokes
Submit Jokes

Kodgitar
Submit kod lagu
Ask for kod lagu

MyLinks
Submit
Popular
Top Rated

Headlines
Top 10

  Useronline
 Guests: 219
 Jiwangers: 67
 Total: 286

  Advertisements
surf via wap

JWG Recommends Exabytes Hostings

Your Ad Here
  General News : Batu Burok Beach Resort dilanda banjir
  Posted by [ andsem ] on 21.11.08 10:11 (121 reads)

KUALA TERENGGANU 20 Nov. - Hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi menyebabkan Batu Burok Beach Resort (BBBR) di sini dilanda banjir mengakibatkan kerugian kira-kira RM500,000.

Air mula menenggelami bilik-bilik di tingkat paling bawah resort berkenaan hampir satu meter sejak pukul 3 pagi ini menyebabkan penghuni terpaksa mendaftar keluar dan mencari hotel lain yang lebih selamat.


PENGHUNI meredah air keluar dari kawasan penginapan selepas bilik tingkat bawah Batu Buruk Beach Resort dinaiki air akibat banjir di Kuala Terengganu, semalam

more...

 Read More... | 2178 bytes more | Comments?  

  General News : Hanya 47 pelajar di Bum Bum tidak dibenar duduki SPM
  Posted by [ andsem ] on 21.11.08 10:06 (55 reads)

KOTA KINABALU 20 Nov. - Kerajaan negeri menafikan laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kira-kira 40 peratus daripada 1,000 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bum-Bum di Semporna tidak dapat menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan ketiadaan kad pengenalan.

Exco Pelajaran Sabah yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun (gambar) berkata, jumlah sebenar pelajar yang terlibat hanya 47 orang dan bukan 40 peratus seperti yang dinyatakan.

"Dakwaan bahawa 40 peratus adalah tidak benar tetapi jumlah yang tepat ialah 47 pelajar sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Sulubayan, Datuk Harman Mohammad semasa berucap pada sesi perbahasan usul Bajet 2009 Sabah mendakwa, 40 peratus daripada 1,000 pelajar itu tidak dibenarkan mengambil peperiksaan PMR dan SPM.

more

 Read More... | 2812 bytes more | Comments?  

  General News : Remaja hidup empat bulan tanpa jantun
  Posted by [ andsem ] on 21.11.08 09:56 (119 reads)

MIAMI 20 Nov. - Seorang remaja Amerika Syarikat (AS), D,Zhana Simmons, 14, dilaporkan mampu hidup selama hampir empat bulan tanpa jantung sementara menunggu pemindahan jantung dilakukan ke atasnya pada 29 Oktober lalu.

Doktor yang merawat Simmons, Marco Ricci berkata, ini adalah kes pertama seorang remaja dapat bertahan untuk tempoh itu dengan hanya bergantung kepada jantung tiruan.

Di Jerman, seorang pesakit dewasa dilaporkan mampu hidup selama sembilan bulan tanpa memiliki jantung.

Simmons dari South Carolina dilapor memerlukan pemindahan jantung kerana menderita penyakit jantung mengembang iaitu keadaan di mana jantung pesakit semakin lemah, membesar dan tidak berupaya untuk mengepam darah.

Dia juga menderita penyakit kegagalan fungsi ginjal dan telah menjalani pemindahan buah pinggang, selepas pemindahan jantung kali kedua pada 29 Oktober lalu.

more...

 Read More... | 2154 bytes more | Comments?  

  General News : Dua sekawan 'mencuri untuk bahagiakan adik-adik'
  Posted by [ andsem ] on 21.11.08 09:55 (49 reads)

SHAH ALAM 20 Nov. - Dua sekawan yang secara kebetulan mempunyai motif yang sama, mencuri pakaian demi membahagiakan adik-adik mereka berhari raya, masing-masing dilepaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Hafizi Abd. Halim membenarkan Amlinah Masbun dan Sapariah Abin, kedua-duanya berusia 24 tahun, dibebaskan dengan bon RM2,000 tanpa cagaran selama dua tahun berserta seorang penjamin.

Amlinah dari Beaufort Sabah, dan Sapariah dari Sri Kembangan, mengaku telah mencuri sembilan helai pakaian kanak-kanak pelbagai saiz pada pukul 10.15 malam, 13 September lalu di Pasaraya Giant Seksyen 13 di sini.

Mereka didapati mencuri pakaian bernilai RM191.90 selepas keluar dari bilik persalinan menuju ke pintu keluar tanpa membuat sebarang pembayaran.

Ketika diberi peluang untuk merayu, mereka memohon hukuman diringankan kerana perbuatan tersebut dilakukan semata-mata sebagai tanda kasih sayang kepada adik-adik di kampung supaya bergembira di hari raya lalu.

www.utusan.com.my

 Comments?  

  General News : 18 sekolah bakal bergelap
  Posted by [ andsem ] on 21.11.08 10:05 (29 reads)

SEREMBAN 20 Nov. - Sebanyak 18 buah sekolah di negeri ini bakal bergelap selepas bil elektrik mereka yang mencecah RM122,811.70 tidak dijelaskan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak dua tahun lalu.

Semua sekolah terbabit juga telah menerima surat pemotongan daripada TNB dan diarah menjelaskan tunggakan tersebut, sedangkan bil-bil atau baucar berkenaan sudah diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) untuk tindakan sebelum ini.

Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr. Yew Chai Thiam berkata, masalah itu dibawa oleh wakil sekolah terlibat kepada Biro Pendidikan MCA Negeri dan pihaknya telah menghubungi Kementerian Pelajaran untuk menjelaskan isu berkenaan.

''Saya telah bercakap dengan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan beliau akan mengadakan mesyuarat khas untuk meneliti bagaimana tunggakan itu boleh menjadi begitu banyak dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya," kata beliau kepada pemberita di Wisma MCA di sini hari ini.

Kata Chai Thiam, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Rahang di sini mempunyai tunggakan paling tinggi iaitu sebanyak RM33,746.80, diikuti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Kuo Min iaitu RM16,274.80 serta SRK St. Paul sebanyak RM13,605.35.

Menurut beliau, sejak dua tahun lalu ada arahan daripada JPNS supaya semua bil elektrik diserahkan kepada mereka untuk dijelaskan kepada TNB dan pematuhan itu telah dibuat oleh pihak sekolah.

www.utusan.com.my

 Comments  

  General News : Pendatang Yahudi cemar masjid, hina Nabi Muhammad
  Posted by [ andsem ] on 21.11.08 09:56 (78 reads)

HEBRON 20 Nov. - Sekumpulan pendatang haram Yahudi yang membantah perintah mahkamah Israel supaya mereka diusir dari sebuah rumah milik Palestin di bandar ini bertindak mencemarkan kesucian sebuah masjid dan merosakkan beberapa batu nisan sebelum subuh hari ini.

Pendatang itu menconteng kata-kata penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan orang Arab pada dinding depan sebuah masjid dan melukis lambang Israel, Bintang David pada beberapa batu nisan di sebuah tanah perkuburan Islam, kata saksi.

Masjid dan tanah perkuburan itu terletak dekat rumah yang terus diduduki oleh berpuluh-puluh pelampau Yahudi tanpa menghiraukan perintah Mahkamah Tinggi Israel yang memberi tempoh sehingga Rabu lepas untuk mereka beredar atau berhadapan tindakan pengusiran dari situ.

Pendatang itu mendakwa rumah empat tingkat itu telah dibeli dengan harga AS$700,000 (RM2.45 juta) daripada seorang penduduk Palestin, Faez Rajabi.

Bagaimanapun Faez menafikan dia telah menjual rumah tersebut malah menegaskan dia mempunyai dokumen yang boleh membuktikan dia adalah pemilik sah dan tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian jual beli.

Mahkamah juga menyatakan, dokumen yang dikemukakan oleh pendatang Yahudi untuk membuktikan pemilikan "didapati oleh penyiasat polis sebagai palsu."

www.utusan.com.my

 Comments  

  General News : Ambil SPM dalam lokap
  Posted by [ andsem ] on 20.11.08 23:54 (79 reads)

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Dia hanya seorang gadis berusia 17 tahun dan masih mentah, namun sudah terbabit dengan kumpulan samun bersenjata hingga mencederakan mangsa.

Pelajar perempuan itu kini terpaksa menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dalam lokap hingga tempoh tahanan reman terhadapnya tamat, Jumaat ini.

Dia serta seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang sudah tidak bersekolah, antara tujuh orang yang ditahan dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun bersenjata di kawasan sekitar Iskandar Malaysia, sejak awal tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata hasil intipan dan maklumat orang awam, satu operasi khas dijalankan bermula 11 November hingga Ahad lalu, menyaksikan anggota kumpulan berkenaan yang berusia antara 17 hingga 28 tahun, ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Taman Perling, Kangkar Pulai, Nusajaya dan Taman Sri Pulai.

more..

 Read More... | 3253 bytes more | 1 comment  

« Previous[1] 2 3 ... 532 Next »
Reliable Hosting
Company Your Ad Here
Best Viewed With IE6+ & Mozilla (1024 x 768) [ Proudly Hosted by Exabytes ]